Sunday, November 25, 2012

Sejarah Raja Dadah Pablo Escobar



Pablo Escobar dilahirkan di pada 1 December 1949 di Bogota, Columbia, bandar yang kaya dengan sumber asli tetapi penuh dengan pergolakan politik. Pada waktu Pablo dilahirkan, Bogota dilanda kemelut yang amat teruk di mana pembunuhan kejam berlaku hampir setiap hari di jalanan. Kemelut pertumpahan darah ini digelar La Violencia. Jalan jalan dipenuhi oleh penjenayah dan pembunuh yang meninggalkan ‘tandatangan’ sendiri setelah membunuh mangsa dengan kejam. Antaranya ialah menebuk leher mangsa dan menarik lidah mangsa ke bawah menjadikannya seperti tali leher, menyiat luka mangsa dari perut hingga ke kepala, serta memotong dan menyumbat kemaluan mangsa lelaki di dalam mulut.



Sewaktu beliau kecil lagi Pablo berhadapan dengan ancaman bunuh oleh penjenayah penjenayah kejam tanpa siapa pun yang menyangka apabila dewasa Pablo Escabor akan menjadi penjenayah paling kejam, jauh lebih kejam dari penjenayah lain yang hidup sebelumnya dan membina empayar perniagaan terbesar di dunia di bandar Medellin, Columbia. Lebih lebih lagi Pablo dilahirkan dalam sebuah keluarga bahagia dan mempunyai ibu, yang juga seorang pendidik yang penyayang.

Penglibatan Pablo dalam jenayah bermula pada umur 15 tahun apabila dia sudah menjadi seorang pencuri kereta yang mahir. Kereta yang dicuri dipotong dan bahagiannya dijual. Mereka yang berani menghalangnya daripada mencuri kereta akan dibunuhnya. Kemudian bisnesnya dikembangkan dengan menawarkan perlindungan kepada pemilik kereta supaya tidak dicuri. Jadi Pablo mendapat habuan dari kereta yang dicuri dan juga yang tidak dicuri. Sewaktu remaja Pablo membunuh mangsa dengan tangannya sendiri tetapi apabila organisasinya bertambah besar, tugas membunuh dipertanggungjawabkan kepada hitman.

Pablo juga mempunyai kelebihan luar biasa yang meletakkan beliau setaraf dengan outlaw kejam di Amerika seperti Al Capone dan Bonnie & Clyde iaitu berada dalam keadaan yang amat tenang dan rileks sewaktu berada di saat cemas dan bahaya. Dia pernah merompak sebuah bank seorang diri dan sewaktu kerani bank memasukkan wang di dalam kantungnya dia sempat berbual bual dan berjenaka dengan kerani tersebut.

Satu lagi ciri menarik yang ada pada Pablo Escobar ialah kecintaannya terhadap kebersihan, terutamanya bilik air dan tandas. Pelik. Tetapi itulah hakikatnya. Dia sukakan bilik air yang bersih dan setiap penginapannya dilengkapi dengan bilik air yang luas, bersih dan mempunyai fasiliti seragam. Malah, setiap kali Pablo bertukar lokasi persembunyian sewaktu diburu, dia akan memastikan tandas yang disediakan adalah baru, bersih dan teratur. Polis dan askar yang memburunya akan mengetahui sama ada Pablo bersembunyi di situ dengan memeriksa keadaan tandas dan bilik air. Jika bersih dan mempunyai fasiliti lengkap, pasti dia pernah ada di situ.
Walaupun suka berfoya foya, Pablo memastikan kebahagian keluarganya dengan memberikan kemewahan dan kesenangan kepada isteri dan 2 anaknya. Dia juga cukup pantang apabila keluarganya menerima layanan tidak baik dari orang lain. Pada suatu ketika, isteri dan anak kecilnya ditahan oleh polis atas arahan General Franklin dan sewaktu ditahan, permintaan anaknya untuk mendapatkan sebotol susu ditolak. General Franklin diburu dan dibunuh sebaik sahaja isteri dan anaknya dibebaskan. Sehari sebelum Pablo dibunuh, dia juga menulis surat kepada kerajaan Columbia mengutuk dan mengecam mereka kerajaan kerana permintaan isteri dan anak anaknya untuk hidup di negara orang lain ditolak.


Kerana kelicikan Pablo dan sokongan rakyat, kerajaan Columbia yang dibantu pasukan perisik daripada Amerika Syarikat gagal dalam setiap usaha untuk memerangkapnya walaupun mempunyai kelengkapan risikan termasuk pemintas perbualan telefon dan helicopter canggih. Amerika menganggap Escobar sebagai musuh mereka kerana hampir kesemua dadah yang dieksport oleh Escobar dibawa masuk ke Amerika. Lalu mereka menukar taktiknya dengan membunuh orang orang kuat Pablo satu demi satu. Walaubagaimanapun, tindakan mereka menerima pembalasan dendam dari pihak Pablo. Untuk setiap orang Pablo dibunuh, mereka akan membalas dengan membunuh 2 atau 3 orang polis. Beratus ratus orang polis Columbia dibunuh dalam pemburuan berdarah itu.

Pihak pendakwaraya, ahli politik, ketua polis, peguam dan hakim semuanya cuba ‘dibeli’ oleh Pablo supaya berpihak kepadanya dan jika menolak, Pablo akan menghantar ‘hitman’nya untuk menghapuskan mereka. Pablo Escobar menjadi Public Enemy No. 1 selepas dia meletupkan sebuah pesawat komersial yang membawa 110 penumpang dalam usaha untuk membunuh bakal presiden Columbia, Cesar Gaviria. Kesemua 110 penumpang pesawat tersebut mati dan Pablo Escobar serta merta diumumkan sebagai penjenayah dunia paling dikehendaki di dunia. Gaviria selamat kerana tiada dalam pesawat dan kemudian dilantik menjadi Presiden.
Pablo mula berasa terancam setelah sekumpulan ‘vigilante’ yang terdiri daripada sekumpulan rakyat yang benci akan Pablo secara diam diam tetapi berani membunuh orang orang Pablo. Kumpulan ini menamakan diri mereka Los Pepes dan setiap mangsa bunuh diberi tandatangan Los Pepes. Anggota Los Pepes terdiri daripada golongan rakyat yang tertekan, bekas rakan Pablo yang dikhianati dan bekas anggota polis dan tentera. Akibatnya semakin hari orang orang Pablo semakin berkurangan dan ini memudahkan pihak pemburunya (yang diberi nama pasukan Search Bloc). Motif pemburuan Pablo adalah mudah; iaitu Shoot to Kill.
Pablo Escobar ditembak bertubi tubi sewaktu meluru ke arah polis dan tentera sambil menjerit “Polis motherX@XXXr!!!”. Beliau ditembak di kaki, lengan, bahu dan tembakan terakhir di kepada. Walaupun Pablo Escobar akhirnya berjaya dibunuh, usaha memerangi dan mengesannya memakan beratus ratus juta dollar Amerika dan pihak Amerika dan Columbia menanggung malu yang besar atas kegagalan mereka menjejaki Pablo selama bertahun tahun. Oleh kerana sukar mengesannya, pasukan Search Bloc yang membunuh Pablo Escobar telah menggunting misainya menjadikan rupa Pablo seperti Hitler selepas berjaya membunuhnya kerana melepaskan geram yang terbuku.

Berbeza dengan penjenayah lain, selain daripada ditakuti, Pablo ialah penjenayah yang disanjungi, dilindungi dan disayangi oleh rakyat. Hasil kekayaan yang diperoleh digunakan untuk memenangi rakyat kelas pertengahan. Dia membangunkan kedai, membina kelab malam, menyediakan kerja dan membina padang bola sepak untuk rakyat. Oleh kerana itulah sewaktu pengebumian Pablo telah berlaku pemberontakan besar besaran dan orang ramai berpusu pusu untuk menyentuh keranda beliau.



Dikemuncak kekayaannya, Pablo disenaraikan sebagai lelaki ke-7 terkaya di dunia oleh majalah Forbes dengan harta persendirian merangkumi estet, rumah kedai, lapangan terbang, sejumlah kapal terbang boeing, pesawat peribadi dan tentera terlatih terdiri daripada bekas agen dan pembunuh dari Britain dan Israel. Pada waktu tersebut juga perniagaan eksport kokain milik Pablo merangkumi 80% daripada jumlah kokain yang dieksport ke seluruh dunia. Walaupun sudah 15 tahun Pablo Escobar meninggal, kuburnya tetap dikunjungi ramai dan ia menjadi tarikan pelancong yang melawat bandar Medellin di Columbia.

kisah 7 kematian penjahat dunia


1. Edward Teach a.k.a Blackbeard 

Edward Teach

Edward Teach atau yang juga dikenal sebagai Blackbeard adalah kapten lanun laut Inggeris. 
Dia juga dikenali dengan memiliki 16 isteri.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Blackbeard akhirnya melarikan diri ke North Carolina di Amerika, untuk bersenang-senang dengan harta kekayaan rampasannya. Namun, gabenur Virginia waktu itu, tidak suka dengan cara Blackbeard. Lalu dia mengirim dua kapal perang untuk menyerang kapal Blackbeard, dipimpin oleh Robert Maynard.

Namun, Blackbeard tidak lari dari kapal-kapal Maynard. Dia malah menaikinya. Setelah meletupkan kapal tersebut di atas dek dengan granit, dia mencari Maynard. Maynard hampir kehilangan seluruh jarinya sebab ditetak dengan pedang oleh Blackbeard. Hebatnya, pedang Maynard patah sebab cuba melibas ke punggung Blackbeard.

Ketika selesai berlawan, Blackbeard telah ditusuk setidaknya dua puluh kali dan ditembak lima kali, dan akhirnya mati karena pendarahan. Sebelum mati, ia sempat mengisi pistolnya kembali untuk terus menembak anak buah Maynard.

Yonkou baru dalam cerita One Piece ni, Blackbeard tapi nama dia Marshall D Teach, ekeke.


2. Pablo Escobar

Pablo Escobar

Pablo Escobar adalah pemimpin Kartel Dadah Medellin, sebuah sindiket dadah asal Colombia (Amerika Selatan) yang membekalkan 80% kokain di seluruh dunia. Pada tahun 1989, Escobar dinamakan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan aset sebanyak US $ 25 bilion.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Sebuah pasukan khas bernama Search Bloc yang dibina atas pembekal-pembekal dari US Delta Force, SEAL Team 6 dan polis Colombia cuba membunuhnya.

Tembak-tembakan berlangsung di HQ Medellin, dengan Escobar akhirnya naik ke atas bumbung, melompat dari satu bangunan ke bangunan lain, dengan masih terus ditembak di kaki dan badan. Escobar terus selamat hingga akhirnya ia membunuh dirinya sendiri dengan menembak kepalanya. Ketika dibedah siasat, kecederaan Escobar dianggarkan mempunyai seribu luka tembakan di seluruh badan dan kakinya.

Kekayaan RAJA DADAH






Lihatlah apabila berdagang dengan bahan larangan Allah SWT pasti mendapat sambutan dan akan hidup mewah di dunia.. Tetapi Al-Hamdulillah Undang-undang dunia juga turut memerangi perbuatan terkutuk ini secara terbuka kecuali jika mendapat lesen lain ceritanya..












Tuesday, November 20, 2012

Gambar Scha Dan Awal Di Manchester







Thursday, November 8, 2012

sampul surat yang kreatif dan ngeri




idea penghasilan papan tanda di malaysia









Chef Riz-Ana Dahlia Sah Bercerai



Chef Riz dan Ana melangsungkan perkahwinan pada 1 Disember tahun lalu.
PETALING JAYA: Chef selebriti, Chef Riz mengesahkan telah bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia selepas 11 bulan berkahwin.
Menurut laporan Kosmo! pada Khamis, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, memberitahu penceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman di antara mereka selain turut mengakui perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan turut menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya.
"Ya, saya memang sudah bercerai dan saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman”," ujarnya.
Chef Riz bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai penceraian berkenaan namun menjelaskan ia berlangsung dalam suasana baik.
Baru-baru ini pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor.
Gosip sebelum ini mengatakan perkahwinan Ana dengan anak lelaki chef tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu goyah apabila Ana didakwa kerap keluar bersama bekas teman lelakinya.
Bagaimanapun pelakon itu menafikan tuduhan tersebut termasuklah kononnya dia berlaku curang.
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz pada 11 Disember 2011.
Dalam pada itu, Chef Riz meminta spekulasi dan gosip mengenai bekas isterinya dihentikan segera dan mengakui masih sayangkan Ana.
Menurut Chef Riz, sekiranya ditakdirkan mereka merujuk kembali sebagai suami isteri dalam tempoh edah selama tiga bulan ini dia akan menerimanya.
Sementara itu, bapanya, Chef Wan redha dengan keputusan anak dan menantunya itu dan telah menasihati mereka sebelum ini supaya mencari jalan penyelesaian terbaik buat rumah tangga mereka.
"Saya menyayangi Ana seperti anak saya sendiri. Sekiranya dalam tempoh tiga bulan edah ini mereka mahu merujuk semula, saya menerima dengan hati yang terbuka.
"Apa pun mereka sudah bercerai dan harap-harap tidak akan ada lagi spekulasi negatif dibuat tentang mereka," jelasnya.

Monday, November 5, 2012

6 bandar tumpuan utama syaitan


Terdapat banyak bandar-bandar di dunia ni yang menggunakan pelbagai cara untuk menarik pelancong. Terdapat 6 bandar utama yang mempunyai niche area yang khas untuk membuat dosa. Layan cerita kat bawah ni..


1. Pattaya, Thailand - Bandar Seks




















Pattaya adalah syurga seks paling selalu dikunjungi di dunia. Pertunjukkan seks dan tarian transeksual merupakan tarikan utama pelancong di bandar yang terletak di pesisir Teluk Thailand, sebelah Tenggara Bangkok ini. Anda tidak perlu menunggu malam jika ingin mencari pelacur. Mereka boleh ditemui 24 jam di sini. Pondan cantik juga ditawarkan di sepanjang jalan di bandar Pattaya ini.


2. Manama, Bahrain - Bandar Pesta





'Selamat Datang ke Pesta Oasis Timur Tengah', itulah ucapan selamat datang yang bakal anda terima jika berkunjung ke Manama, Bahrain, sebuah kawasan yang dekat dengan Arab Saudi. Sekiranya di Arab Saudi, kerajaan mengeluarkan undang-undang yang ketat dalam menghalang rakyatnya melakukan pesta di negara tersebut, namun di Manama, semua perkara boleh di runding. Ingin clubbing atau pesta seks? Usah risau kerana di Manama hal tersebut adalah perkara biasa dan sah. Walaupun bandar ini dikenali dengan jumlah penduduk Muslim terbesar di kawasan padang pasir, namun sejak 2001, bandar ini sudah mulai mengamalkan sikap liberal dalam penerimaan budaya Barat.


3. Las Vegas, US - Bandar Judi





Las Vegas merupakan syurga bagi kaki judi. Semua orang boleh berjudi tak kira waktu sama ada siang atau malam. Hampir seluruh wilayah Las Vegas menyediakan tempat untuk berjudi, walaupun belum sah di sisi undang-undang sepenuhnya, para pelacur sudah lama menjadi daya tarikan aktiviti di setiap kasino. Walau apa latar belakang pengunjung, Las Vegas tetap menjadi tempat persinggahan terbaik di Amerika. 'Go and Sin', itulah moto bagi industri judi yang dikendalikan di Las Vegas.


4. Rio De Jeneiro, Brazil - Bandar Topless





Wanita di Brazil rata-ratanya memiliki persona wajah dan kecantikan yang luar biasa. Tidak hairanlah jika kebanyakkan Top Super Model dunia berasal dari sini. Cuba anda kunjungi pantai-pantai di sana, kebanyakkannya mempunyai wanita yang bertelanjang pada bahagian dada sedang lalu lalang sambil bersuka ria. Suasana semakin liar ketika matahari terbenam di sudut pantai. Sejumlah rumah pelacuran juga didirikan di tepi pantai bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu. Pelacuran adalah industri yang sah di bandar ini. Jika tiba musim karnival, muzik dan wanita seksi akan membawa anda lebih jauh ke alam fantasi.


5. Amsterdam, Belanda - Bandar Marijuana





Amsterdam memiliki puluhan kafe marijuana, yang juga dikenali sebagai ganja. Marijuana, rokok dan dadah serta yang lainnya merupakan perkara yang sah di sisi undang-undang di negeri kincir angin ini. Tidak ada peraturan yang menyebutkan benda-benda terlarang tersebut perlu dijalankan dengan mengikut prosedur tertentu. Kebebasan ini juga di rasakan oleh mereka yang mengamalkan seks sesama jenis. Mereka dengan bebas meng'ikrar'kan hubungan sesama jenis tersebut. Mereka di sana juga tidak meyakini Tuhan itu wujud, jadi tidak ada yang mempersoalkan perkara tersebut di Amsterdam.


6. Moscow, Russia - Bandar Clubbing





Apa yang terjadi apabila negara komunis bertukar wajah? Masyarakatnya kini telah mengalami kejutan budaya dan menjadi histeria. Itu yang berlaku di Moscow,Rusia. Setiap kelab malam di sana akan memainkan muzik techno hardcore hinggalah ke muzik rock. Hampir semua anak muda Moscow menghabiskan waktu di kelab-kelab malam ini. Jika ingin mendapatkan teman sosial, hampir semua kelab malam menyediakan perkhidmatan ini. The Hungry Duck, bar yang menganjurkan Ladies Night tiga kali seminggu serta penari bogel selama 24 jam. Pelacuran sememangnya dilarang di Moscow dan biasanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Thursday, November 1, 2012

ujian keatas mangkuk tandas


Jom kita tengok gambar macam mana mangkuk tandas diuji untuk mengetahui keberkesanannya dalam mengepam najis sebelum dipasarkan. Jom layan gambar kat bawah ni..