Saturday, April 27, 2013

23 Petanda Cinta Si Lelaki Setia




1.Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2.Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3.Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4.Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10.Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11.Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12.Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13.Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14.Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16.Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17.Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18.Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun

20.dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

21.Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

22.Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

23.Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan..

10 negara paling banyak kecurian kereta


Sejak dua menjak ini Malaysia terutamanya penduduk KL dan JB panik dengan"epidemik" kecurian kereta. Ramai yang emo dengan Polis Di Raja Malaysia yang dikatakan tidak bekerja dengan cukup baik untuk memantau jenayah ini. Persoalannya sekarang benar kah Malaysia negara yang paling bahaya? Mari lihat infografik di bawah dan cari konklusi anda sendiri.


Wednesday, March 27, 2013

Gambar Perarakan Legalisasi Ganja Global


Tahukah anda Perarakan Legalisasi Ganja Global diajurkan pada setiap sabtu pertama bulan Mei. Perarakan tahunan ini diilhamkan oleh Dana Beal, seorang aktivis yang mahukan ganja dilegalisasikan penjualannya. Sejak 1999, 738 buah bandar dari 64 negara telah menganjurkan perarakan legalisasi ganja mereka.

Why fight for DRUG like GANJA? Sebagai contoh di Columbia aktivis mahu ganja dihalalkan penjualannya bagi mengikis pengaruh kartel dadah. Jika dadah tidak diharamkan, sesiapa sahaja boleh menanam ganja dan sumber kewangan kartel yang ganas boleh dikurangkan.

#Jika anda seorang PM, adakan anda membenarkan penjualan GANJA or biarkan keuntungan jualan ganja tu dimonopolikan oleh penjenayah-penjenayah paling wanted?





sumber PENPATAH

Tuesday, February 19, 2013

Sejarah Penghasilan Seluar Jeans Levi's®




Pernah tidak terlintas kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sebenarnya saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tempelan untuk menambah gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku kecil inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560 -an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fasyen, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu peruntungannya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.


Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang diperbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak.

Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan menempah bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”. Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong . Para penambang emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia. Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak usahawan berjaya Jakob Davis untuk bekerjasama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama.

Jeans tertua di dunia masih ada sampai sekarang, menurut “XX”, jeans Levi’s ® ini dibuat pada 1879 dan disimpan di dalam suatu tempat yang tahan api di dalam Arsip Levi Strauss & Co di San Francisco. Hari ini, jeans itu harganya lebih dari $150,000

Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “. Produk reka bentuk pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan.

Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya. Tetapi saku kecil ini direka untuk menyimpan butiran-butiran emas yang bersaiz kecil. Meski kini jeans dihasilkan dalam pelbagai tanda dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku kecil itu tetap ada. Tentu saja fungsinya bukan sebagai tempat menyimpan butiran emas

Monday, January 7, 2013

Kisah Bekas Pembuat Tattoo Yakuza Kini Jadi Imam



Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.
Diterjemahkan dari sumber islampos

Thursday, January 3, 2013

pengasas majalah playboy kahwin lagi



PENGASAS majalah porno Playboy, Hugh Hefner, 86, secara rasminya telah berkahwin dengan Crystal Harris, 26, pada Selasa lalu.
Ternyata jarak usia 60 tahun tidak menghalang pasangan itu untuk mengecap kebahagiaan bagi mendirikan rumah tangga bersama.
Menurut laporan Telegraph, majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di rumah agam Playboy, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.
"Mr. dan Mrs. Hugh Hefner mengucapkan selamat tahun baru," demikian tulis Hugh di Twitter miliknya.
Beberapa jam kemudian, Hugh sempat memuat naik foto dia bersama isterinya yang secocok dengan pakaian pengantin mereka.
Pasangan itu sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pada tahun lalu, namun Crystal telah meminta perkahwinan itu ditunda.

Orang Melayu menjadi pelakon popular HONG KONG



Kepada peminat dunia perfileman Hong Kong, nama Ariff Rahman pastinya bukan asing.

Namun, kepada yang tidak berapa terdedah kepada filem-filem wilayah pentadbiran khas itu, melihat nama Ariff Rahman buat pertama kali, pasti akan terdetik soalan, siapa dia ni?

Terus terang penulis cakap, kali pertama penulis nampak nama dia di papan iklan filem Cold War yang sedang ditayangkan di pawagam, penulis ingat apakah Ariff pelakon keturunan Cina dari Indonesia yang berlakon di Hong Kong.
Di Indonesia, adalah menjadi amalan rakyat keturunan Cina menggunakan nama-nama Indonesia dan Islam.

Dan tentu penulis amat jarang menonton filem Hong Kong.

Sebenarnya bukan.

Ariff Rahman asalnya adalah penyanyi dan penulis lirik yang memulakan kerjaya lakonan dalam filem Echoes.

Filem terhebat setakat yang penulis faham melalui beberapa pembacaan di internet adalah Bruce Lee, My Brother.

Dia dipilih Pengarah Raymond Yip kerana dikatakan mempunyai wajah yang sesuai dengan watak Bruce Lee. Pemilihan wajah yang sesuai merupakan cabaran terbesar dalam pembikinan filem Bruce Lee, My Brother.

Serba sedikit lain yang penulis tahu, bapa Ariff berdarah Melayu (katanya Arab juga) dan Ariff adalah anak bongsu dari tiga beradik serta dilahirkan di Hong Kong.

Bapanya memiliki syarikat pembersihan dan mereka sekeluarga menetap di kawasan dinamakan Sai Kung.

Ariff membesar di Hong Kong dan belajar di sekolah King George V (KGV) di mana dia dilantik sebagai Ketua Pengawas antara tahun 2004 hingga 2005.

Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke Imperial College (London) untuk belajar bidang fizik selama tiga tahun.

Ariff sebenarnya telah ditawarkan menjadi artis sebaik habis sekolah menengah tetapi memilih untuk melanjutkan pelajaran terlebih dahulu sebelum melancarkan album bertajuk Starting Today pada November 2009.

Bukan sahaja kacak, tetapi terbukti seorang yang bijak