Wednesday, February 15, 2012

petunjukan cahaya semulajadi yang amat mengagumkan


Cahaya-cahaya yang dihasilkan oleh alam semulajadi sememangnya cantik. tidak hairanlah jika ada ramai jurugambar yang sanggup keluar seawal pagi semata-mata nak mengejar petunjukan cahaya semulajadi ini. dalam entri ini terdapat beberapa gambar yang di ambil dari amazingnara.


Ekzos Ekor Roket (Rocket Trail Exhaust)


Cahaya jenis ini biasanya terhasil selepas roket meluncur dan hilang dari pandangan. Kami pasti anda juga biasa melihatnya. Ianya terjadi apabila partikel dari ekzos roket dibiaskan oleh cahaya matahari.  Apabila ditiup angin kencang, akan menjadikannya satu pertunjukan cahaya, tapi fenomena ini berlaku sebentar sahaja kerana partikel akan bercerai dan menghilang.

Kegemilangan (Glory)


Sebuah ‘glory’ ialah satu fenomena cahaya indah yang dirujuk sebagai ‘Cahaya Buddha’ di China. Walaupun sukar untuk diterangkan, ianya terjadi apabila titisan air dari awan diganggu oleh panahan cahaya mentari. Sebagai kesannya, gelombang cahaya diselerakkan dan berpisah menjadi warna-warna spektrum.

 Cahaya Krepuskular



Cahaya krepuskular juga biasa dirujuk sebagai ‘Cahaya Tuhan’, yang kelihatan seperti berpunca dari satu titik di langit. Femomena cahaya ini biasanya terjadi pada waktu subuh dan senja, apabila gelap dan terang boleh dibezakan, dan biasanya memancar melalui awan tebal, atau lanskap-lanskap yang lain untuk menghasilkan kesan sepertinya.

Cahaya Zodiak (Zodiacal Lights)






Ekor bintang merujuk kepada kesan-kesan pergerakan bintang yang dilihat dari darat. Apabila bumi berputar secara semulajadi, bintang di langit bergerak ke arah horizon. Satu-satunya bintang yang tidak bergerak ialah di bahagian hemisfera utara – Bintang Utara (Polaris). Walaupun tidak kelihatan di alam nyata, ianya banyak kali terlihat dalam foto-foto.





No comments: