Wednesday, May 31, 2017

Mencari malam lailatul qadar



Maksud Lailatul Qadar
Lailatul Qadar atau Lailat al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang di dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.


Tanda-tanda Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

  1. Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. Isnin - 21 Ramadhan
  3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
  4. Khamis - 25 Ramadhan
  5. Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Itu sahaja perkongsian sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah SWT. Wallahu'alam...

Saturday, April 27, 2013

23 Petanda Cinta Si Lelaki Setia




1.Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2.Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3.Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4.Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.

5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10.Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11.Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12.Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13.Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14.Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16.Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17.Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18.Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun

20.dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

21.Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

22.Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

23.Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan..

10 negara paling banyak kecurian kereta


Sejak dua menjak ini Malaysia terutamanya penduduk KL dan JB panik dengan"epidemik" kecurian kereta. Ramai yang emo dengan Polis Di Raja Malaysia yang dikatakan tidak bekerja dengan cukup baik untuk memantau jenayah ini. Persoalannya sekarang benar kah Malaysia negara yang paling bahaya? Mari lihat infografik di bawah dan cari konklusi anda sendiri.