Wednesday, May 30, 2012

Gambar kilang proses daging burger McDonald



Korang pernah makan burger McDonald’s? Tak kisahlah Burger Big MacDouble GCBDouble Cheese atau macam-macam double burger yang lain. Kali nie saya kongsikan gambar pemprosesan daging burger McDonald’s di kilang mereka.
Tapi tak tahulah sama ada pemprosesan nie sama atau tidak dengan McDonald’s yang berada di Malaysia. Agak-agak sama tak?

Pencuci tandas dapat ijazah



pencuci tandas
NEW YORK – Seorang penjaga bangunan dan pencuci tandas di Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.
Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut.
Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.
Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.
Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.
Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.
Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.
Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambungpelajaran ke peringkat sarjana.
Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro.

Nizar mohon maaf atas mesej twitter yang disampaikannya




twitter nizar
Antara mesej di Twitter Datuk Seri Nizar.

IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddinberhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.
Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.
“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.
“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.
Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.
Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri. – Sinar Harian

Tuesday, May 29, 2012

Tengku Mahkota Johor Bidas Nizar Jamaluddin



alt

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2012 - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail membidas sikap tidak berhati-hati ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempersoalkan tindakan Sultan Johor membeli nombor plet kenderaan WWW 1 yang didakwa beliau telah menggunakan duit rakyat.

Sebelum itu, dalam laman twitter, Nizar mempersoalkan pembelian nombor plet tersebut dengan harga RM520,000 sebagai pembaziran besar.

Dalam laman twitter itu juga, beliau mendakwa wang sebanyak RM520,000 itu sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin di Johor mahupun membina lagi 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
alt

Tunku Ismail Idris, melalui laman twitternya, menjelaskan pembelian nombor plet berkenaan tidak menggunakan wang rakyat seperti yang didakwa ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Baginda yang nyata kecewa turut meminta agar bekas Menteri Besar Perak itu membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang disifatkan sebagai mempunyai elemen fitnah dan tidak benar.

Sebelum itu, Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berjaya memperolehi nombor plet kenderaan WWW 1 melalui bidaan tender tertinggi sebanyak RM520,000.

Bidaan baginda mengatasi 9,999 orang lain.Ini termasuk Yang Dipertuan Agong yang memperolehi nombor plat WWW 5. Hasil tender berkenaan dipaparkan dalam lamanb web Jabatan Pengangkutan Jalan

Gaji Nazmi sebulan RM300,000?



Nazmi Faiz Mansor
Nazmi Faiz Mansor
JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Monday, May 28, 2012

Gambar aksi awek cun menari atas sayap kapal yang sedang terbang







Remaja Bangga Hilang Dara




bangangnya budak2 remaja zaman sekarang ni

Senarai Pembida Berjaya Tender Nombor Pendaftaran Siri WWW



Nombor pendaftaran siri WWW telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila sebanyak 18,243 permohonan diterima sepanjang ia dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei 2012 yang lalu.
Pada asasnya semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular, termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida.
Surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012 dan nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012.
keputusan-tender-www
Nombor pendaftaran paling mahal (WWW1) dengan nilai bidaan RM520,000 menjadi milik D.Y.M.M Sultan Ibrahim Johor.

5 air terjun menakjubkan di seluruh dunia



Air terjun adalah salah satu sifat ciptaan yang paling indah, dan datang dalam pelbagai bentuk dalam saiz. Mereka biasanya diadili oleh ketinggian mereka, lebar atau gaya atau isipadu air. Gaya air terjun termasuk peringkat lata, horsetails atau titik tunggal (menjunam). Air terjun yang lebih besar mengandungi gaya pelbagai, yang mempamerkan lata, peringkat dan bahkan horsetails dalam satu air terjun yang menakjubkan. Dengan beribu-ribu air terjun di seluruh dunia, ia adalah sukar untukmemilih yang terbaik tetapi senarai kami mengandungi apa yang kami percaya adalah 5di dunia yang paling menakjubkan dan cantik!

1) Victoria Falls
Victoria Falls terletak di Victoria Taman Negara di Afrika, air terjun yang terkenal di dunia ini benar-benar menakjubkan.Pada 350 kaki tinggi dan 5700 lebar jatuh munculuntuk menjadi kunci jatuh air.
2) Niagara falls
Mungkin air terjun yang paling terkenal di dunia, Niagara Falls dijumpai di sempadanAmerika Syarikat dan Kanada. Niagara Falls sebenarnya adalah tiga air terjun berbeza,American Falls, Luna Falls (Veil Pengantin Falls) dan Horseshoe Falls. Berjuta-juta orang telah melawat Niagara Falls, menjadikannya tarikan pelancongan terkenal diAmerika Syarikat.

Sunday, May 27, 2012

Subhanallah! 10 Lubang Terbesar Di Dunia



 Subhanallah! 10 Lubang Terbesar Di Dunia  | Ini adalah tanda kekuasaan Allah SWT. Di sini terdapat lubang yang merupakan buatan manusia dan juga akibat dari salah satubencana yang menimpa penduduk di sana. Antaranya lubang besar di Guatemala. Ia terjadi selepas dipukul ribut Agatha (LINK). Sama ada ia Great Blue Hole of Belize, Mirny Diamond Mine of Siberiaatau Burning Gates of Turkmenistan, semua ini berjaya menarik perhatian ramai pelancong dari seluruh pelusuk duniauntuk merakam kenangan kenangan dari lubang yang luar biasa ini. Jom lihat gambar di bawah ini.
1) Mirny Diamond Mine of Siberia

Gambar artis malaysia yang pernah jadi maknyah




Saturday, May 26, 2012

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah



Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
 Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
 Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat
 Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp
 Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah.
ii. Condong ke kiri
 Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang.
iii. Tegak Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah.
iv. Campur-campur
 Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
 Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
 Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
 Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
 Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
 Tahap aspirasi tinggi.
ii. Rendah
 Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.
iii. Tengah-tengah
 Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Justin Biber takut gelap!



Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber mempunyai rahsia besar. Rupa-rupanya, penyanyi ini tidur dalam keadaan lampu terbuka.

Bapanya, Jeremy Bieber berkata, biarpun usia pelantun lagu Boyfriend ini sudah 18 tahun namun dia masih lagi takut pada kegelapan.

Menurutnya, kekasih Selena Gomez ini tidak akan menutup lampu semasa tidur di waktu malam sebagai persediaan jika dia terjaga di malam hari.

“Jika tidur dalam keadaan gelap, tangan Justin akan berpeluh begitu juga kakinya. Dan dia memang takut kepada gelap sejak kecil lagi,” katanya.

Sungguhpun begitu, penyanyi ini percaya tuhan sentiasa menjaganya dan dia bersyukur kehidupannya selama ini dipermudahkan.

“Sebelum tidur, saya pasti berdoa supaya perjalanan hidup saya dipermudahkan.

Saya berdoa setiap hati tidak kiralah jika saya sedang menghadapi masalah atau tidak.

Namun saya akan mencari ruang untuk bersyukur dengan pemberiannya,” katanya

Gambar terbaru Aishwarya Rai Muncul Di Festival Filem Cannes, dah kurus !






Friday, May 25, 2012

Gambar latihan shaolin di China











Budak bangang maki mak dengan ayah di facebook


Gambar artis bersama ibu semperna hari ibu



hari ibu
hari ibu

Thursday, May 24, 2012

Gambar Pelakon Wanita Mabuk Separuh Bogel



Gambar Pelakon Wanita Mabuk Separuh Bogel
Melihat pada gambar di atas, boleh dibayangkan betapa mabuknya pelakon itu hingga tidak sedar ada orang merakamkan gambarnya.  

Gambar ini telah disiarkan dalam ruangan Soseh Soseh HMetro. Menurut SS lagi, daripada pengirim gambar tersebut, gambar itu adalah gelagat seorang pelakon popular bersama teman-temannya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini pada hujung minggu lalu di sebuah kelab hiburan. 

Mungkin kerana terlalu letih menari dan kembung perut dengan minuman keras, pelakon tadi tersungkur berbaring hingga tidak menyedari terselak seluar dalamnya. Tambahan lagi, pakaian yang dipakai bukanlah panjang sangat hingga boleh tersingkap menampakkan seluar dalamnya. 

Lebih mengejutkan lagi, sejak akhir-akhir ini, nasib pelakon ini memang bertimpa-timpa malangnya. Biasalah adat industri hiburan, kadang-kadang kita di atas dan terselamat, tapi tidak mustahil esok kita terjatuh tersungkur sampai susah nak bangkit semula. 

Cuba teka siapakah pelakon bersebut?  Nampaknya semakin banyak gosip dan cerita mengenai pelakon ini selepas balik dari umrah dan gambar seksi untuk majalah.

M.Nasir Menangis Terpilih Sertai ‘Imam Muda 3′






KUALA LUMPUR: Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Mudamusim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.

M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut.

“Saya menangis saat diberitahu menjadi sepuluh peserta akhir Imam Muda kerana akhirnya saya dapat belajar daripada ilmuwan terbaik dari negara ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu di sini pada Selasa.

M.Nasir merupakan satu-satunya peserta antarabangsa dalam sepuluh calon akhir program Imam Muda musim ketiga.

Ia bakal bersiaran pada 1 Jun depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis sementara episod pengenalan akan muncul pada 28 Mei ini.

Pelancaran musim ketiga program berkenaan dilakukan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, untuk musim kali ini pihak produksi turut menerima penyertaan daripada negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Brunei dengan peningkatan sebanyak 32 peratus penyertaan berbanding musim lalu.

Pihaknya juga turut menerima 301 penyertaan menerusi dalam talian dan kebanyakan yang membuat permohonan itu adalah penuntut di luar negara seperti dari Jordan, Mesir, Brunei dan Indonesia.

“Daripada jumlah itu tiga peserta telah berjaya menjadi sepuluh peserta akhir selepas menjalani uji bakat secara dalam talian,” katanya.

Masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), Imam Muda musim terbaru ini turut menyaksikan kembalinya alumni musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Mentor).

Berbeza dengan musim terdahulu, Mudir dan dua orang Mursyid ini akan dibantu oleh barisan Naqib (Tenaga Pengajar) yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada musim sebelumnya.

“Seramai sepuluh orang Naqib daripada musim pertama dan kedua akan membimbing peserta kali ini dan pemilihan itu adalah untuk membolehkan mereka berkongsi ilmu dengan peserta baru,” ujarnya.

Sementara itu, Izelan berkata, Imam Muda kali ini akan bertemakan Perhubungan Keluarga dan bakal memberikan cabaran lebih hebat.

Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).

Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Imam Muda musim ketiga bakal dihoskan oleh Akhil Hayy.

Kerajaan Saman Ambiga dan Sembilan Individu



alt


KUALA LUMPUR, 24 Mei 2012 - Kerajaan Malaysia telah memfailkan saman terhadap Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasanya kerana gagal mengawal perhimpunan yang dianjur pada 28 April lepas sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Dalam pernyataan tuntutan itu kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai plantif menamakan Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K.Arumugam, S.Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo sebagai defendan.

Kerajaan memohon ganti rugi khas berjumlah RM122,000 untuk kos pembaikan kenderaan polis, faedah, kos dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Writ saman difailkan pada 15 Mei lepas melalui Peguam Kanan Persekutuan bagi pihak kerajaan Malaysia. Pihak media memperoleh writ saman itu semalam. Ambiga ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima writ saman itu kira-kira pukul 3.25 petang.

Kerajaan Malaysia turut memohon satu deklarasi bahawa defendan-defendan sebagai penganjur Bersih 3.0 telah mengingkari Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana mereka mempunyai tanggungjawab antara lainnya untuk memastikan bahawa perhimpunan yang diadakan tidak akan menyebabkan kerosakan kepada harta benda.

Dalam pernyataan tuntutan, Kerajaan mendakwa perhimpunan di sekitar Dataran Merdeka itu menjadi tidak aman kerana peserta perhimpunan telah merempuh halangan/sekatan oleh polis.

Kerajaan mendakwa defendan telah cuai menjalankan tanggungjawab mereka sehingga menyebabkan kerosakan harta benda. Mereka juga gagal mengawal peserta perhimpunan yang terlalu ramai dan gagal mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan perhimpunan itu berjalan dengan aman.

Akibatnya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kos pembaikan kenderaan sebanyak RM122,000.Kes ini akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Dr Prasad Sandosham Abraham pada 13 Jun.

QPR akan ke Malaysia julai ini



Tony Fernandes bawa QPR ke Sabah 18 Julai
PENGERUSI kelab Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan akan membawa pasukan itu ke Malaysia untuk Jelajah Pra-musim pada Julai ini.

Beliau mengumumkan berita ini menerusi Twitter sebentar tadi.

"Untuk semua rakyat di Sabah dan Timur Malaysia, kita membawa QPR ke Kota Kinabalu. Semua pasukan pergi ke Kuala Lumpur. Kami di AirAsia tidak lupa pada semua yang telah memberi sokongan kepada kami," kata pemilik QPR ini menerusi Twitter.

Laman web rasmi QPR juga mengesahkan mereka akan mengadakan Jelajah Asia di Thailand pada 10 Julai ini dan menentang skuad Pilihan Sabah di Stadium Likas pada 18 Julai ini.

QPR salah satu kelab dalam divisyen satu Liga Perdana Inggeris.

Persaingan musim ini berakhir awal minggu lalu.

Wednesday, May 23, 2012

Polis Wanita Arab Yang Cun







Gambar Elfira Loy Di Paris





Tuesday, May 22, 2012

Lelaki Ini Buat Tatoo Di Mata





Sebenarnya tatu yang dimaksudkan ialah lebih kepada mewarnakan bebola mata kepada warna tertentu, cuba lihat beberapa prosedur dibawah, dikatakan untuk menghasilkan tatu ini memerlukan 40 sisipan jarum untuk menyiapkannya !




Doktor Cuai Tarik Kepala Bayi Hingga Putus



Brazil – Seorang ibu terkejut selepas mengetahui bayi yang dikandung selama sembilan bulan dilahirkan tanpa badan selepas doktor secara tidak sengaja telah menarik kepala bayi itu hingga putus ketika proses bersalin.

Kejadian berlaku di bandar Aracaju selepas wanita yang berusia 22 tahun itu menghadapi masalah untuk bersalin selepas berjam-jam berada di bilik bersalin.

Ketika itu terdapat 5 orang doktor yang sedang berusaha mengeluarkan bayi berkenaan.

Menurut sepupu wanita berkenaan, Gilmara Azevedo dos Santos, ibu muda itu mula berasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila dia mendengar bunyi merekah.

Kemudian dia mendengar bunyi riuh rendah di dalam bilik bersalin itu sebelum seorang doktor bercakap `Marcos, awak dah gila?”.

Ibu muda itu kemudiannya bertanya apa yang berlaku namun tidak mendapat jawapan sebaliknya dia dibawa segera ke bilik bedah untuk pembedahan caesarian.

Rupa-rupanya badan bayi itu tertinggal di dalam rahimnya dan pembedahan itu dilakukan bagi mengeluarkan badan tanpa kepala itu.

“Sepupu saya amat kecewa, malah seluruh anggota keluarga berada dalam keadaan terkejut. Dia juga berada dalam kesakitan selepas mendapat tahu kepala bayinya telah putus, sementara badan bayi itu tertinggal dalam perut dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan badan berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mereka mengambil keputusan untuk menyaman hospital berkenaan atas tuduhan cuai.

Dalam pada itu, pengarah hospital, Debora Leite berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian bayi berkenaan.