Sunday, April 29, 2012

Ambiga Akui Gagal Kawal Peserta Demonstrasi



KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.
Sambil melahirkan rasa kecewa, Ambiga bagaimanapun menegaskan tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya.
"Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong.
"Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya pada sidang media di KL Sentral di sini, Sabtu.
Diminta mengulas mengenai kemungkinan kegagalangannya mengawal emosi peserta demonstrasi akan dijadikan alasan pihak berkuasa untuk menghalang perhimpunan yang sama pada masa akan datang, Ambiga berkata pihak polis perlu menyiasat secara terpeinci mengenai insiden berkenaan.
"Bagi sesiapa yang melanggar sekatan, polis perlu lakukan siasatan penuh dan mereka patut berhadapan dengan tindakan undang-undang. Kami akan beri kerjasama penuh bagi mencari siapakah punca kejadian merempuh penghadang polis.
"Itu bukan sesuatu yang kami galakkan, ia bertentangan dengan apa yang kami nak lakukan...kami tak tahu apa yang buatkan mereka melanggar penghadang.
"Kami cuba lakukan yang terbaik untuk kawal kehadiran penyokong yang ramai."
Ditanya mengenai tindakan peserta demonstrasi melaung sorakan menyokong parti parti politik tertentu khususnya pembangkang, Ambiga sekali lagi mengakui ia merupakan perkara yang sukar dikawal.
"Pada kami kata tak ada laungan anti atau pro parti politik. Kita telah keluarkan garis panduan bahawa tak ada sesiapa boleh laungkan kenyataan anti atau pro mana-mana parti politik.
"Tapi kalau mereka buat, tak ada yang boleh kita lakukan. Kalau saya sendiri dengar, saya akan minta mereka hentikan, tapi malangnya saya tak dengar," katanya.

Saturday, April 28, 2012

(Bersih 3.0) Gambar Kerosakan Harta Awam







(Bersih 3.0) Rusuhan Bermula





10 Gambar Sekitar Perhimpunan Bersih 3.0








Friday, April 27, 2012

Gambar Kane dan Undertaker Masa Kecil



Gambar Malam Berinai Fasha Sandha



fasha sandha

fasha sandha

Wednesday, April 25, 2012

Menangi RM100,000 dari nestle


NestlĂ© Malaysia akan menyambut ulang tahun seratus kami pada 2012. Satutahun 100 adalah satu peristiwa yang jarang berlaku dan signifikan; Oleh itu, perayaan kita akan menjadi perayaan tahun-lama di bawah tema bertuah "NestlĂ© di sisimu".

oleh itu pihak nestle telah mengadakan satu pertandingan yang menawarkan hadiah RM100,000 kepada pemenang.
Nestlé 100 years

kunjungi page nestle untuk mendapat maklumat yang lebih.


Gambar Jutawan Ananda Krishnan Melawat Anaknya




GEORGE TOWN – Jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera di sini, Isnin lalu.

Dengan hanya berkemeja-T dan berseluar jean, taikun berusia 74 tahun itu tiba di tempat tumpuan pelancong berkenaan dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW dan ditemani beberapa pengawal peribadi kira-kira pukul 9 pagi, Isnin.

Beliau dibawa ke lokasi yang tidak diketahui jauh di dalam hutan di Bukit Bendera di mana anaknya berada di situ bersama dengan 60 sami yang lain.

Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu.

Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya.

Ven Siripanyo dilaporkan berada di situ pada Ahad sebelum bermalam di sebuah bangunan ala kolonial di dalam hutan itu.

Menurut penduduk di situ, Ananda Krishnan membeli sebuah bangunan yang mempunyai 30 bilik itu tiga tahun lalu.

Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya.

Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya.

Ananda Krishnan dilihat meninggalkan kawasan itu pada tengah hari manakala anaknya dan beberapa yang lain berlepas ke Thailand pada sebelah petang.

Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes.

Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia.

Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro). – The Star/ Foto Kwong Wah Yit Poh



Jutawan Ananda Krishnan Melawat Anaknya Dalam Hutan Bukit Bendera

10 Kereta Api Terpantas Di Dunia



Kereta api merupakan pengangkutan awam yang sangat terkenal dan disukai ramai sejak zaman dahulu lagi. Mungkin kerana kos tambang yang rendah bagi sesetengah negara dan kita mampu untuk sampai ke destinasi dengan kadar yang segera. Kali ini kita kongsikan senarai top 10 negara yang mempunyai kereta api paling pantas di dunia.

10) Russia

Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 penumpang
Kereta api paling pantas di Rusia ini ada di laluan Moscow – St. Petersburg dan mula diperkenalkan pada Disember 2009. Jentera buatan Jerman ini boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah berjaya mencecah kelajuan sehingga 175 batu sejam dalam satu ujian pada tahun 2009.

Tuesday, April 24, 2012

Rahsia Pelajar Wanita Hidup Mewah


 

BESUT – Rahsia kehidupan mewah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun terbongkar selepas guru sekolahnya di Kampung Raja di sini mendapati dia membawa RM800 ke sekolah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar tingkatan dua itu disiasat oleh guru sekolahnya selepas melihat keadaan dia yang mencurigakan sejak belakangan ini.

Menurutnya, apabila disoal siasat gadis tersebut mengaku membawa wang dalam jumlah yang banyak hasil menjual pil kuda kepada bukan pelajar di luar sekolah.

“Pihak sekolah telah menyerahkan pelajar tersebut kepada polis dan hasil soal siasat pelajar berkenaan memberitahu dia telah menjadi pengedar dadah sejak hampir empat bulan lalu dan memperoleh bekalan daripada bekas teman lelakinya.

“Pelajar itu memberitahu mendapat upah kira-kira RM100 setiap kali dapat menjual dadah yang dibekalkan dan mendakwa dipaksa menjual dadah tersebut oleh bekas teman lelakinya,” katanya.

Kamaruddin berkata, pada jam 4.30 petang, Ahad lalu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah berjaya menahan teman lelaki pelajar itu di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun.

Menurutnya, sebelum itu, suspek berusia 19 tahun cuba melarikan diri sambil membuang satu uncang ke tanah namun dia berjaya diberkas.

“Pemeriksaan dalam uncang berkenaan menemui sebanyak 70 biji dipercayai pil kuda manakala pemeriksaan pada badan suspek menemui 30 biji lagi pil kuda menjadikan keseluruhan sebanyak 100 biji serta wang RM650,” katanya.

Kamaruddin memberitahu, kejayaan itu membawa kepada tangkapannya abang suspek berusia 34 tahun pada jam 5.15 petang hari sama di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Terjun.

Hasil pemeriksaan di rumah abang suspek menemui tujuh pil kuda di dalam rumah berkenaan.

Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan pelajar berkenaan negatif dadah tetapi abang suspek pertama positif dadah pil kuda dan kedua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama manakala abangnya di bawah Seksyen 12(1) dan Syeksen 15(1) akta yang sama.

- Sinar Harian -

Gambar Bogel Dian Sastrowardoyo Tersebar




Aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila gambar bogelnya telah tersebar meluas di laman web.

Namun bagi Dian, dia tidak langsung tidak menampakkan kegusaran atau risau, malah Dian bersikap tenang sahaja menghadapi kontroversi gambar bogelnya itu.

"Saya tenang saja kerana saya tahu itu bukan gambar saya. Buat apa saya perlu peningkan kepala untuk buat laporan polis, ia bukan saya, jadi tenang saja saya." KataDian kepada WowKeren ketika ditemui di Hotel Kempinski, Jakarta Pusat, Khamis yanglalu.

Gambar yang dikatakan bintang filem "Ada Apa Dengan Cinta" itu menperlihatkan seorang perempuan mirip Dian berbogel tanpa seurat benang dengan kedua-dua kakinya menutup payudaranya.

Wajah wanita dalam gambar tersebut memang sama seperti Dian Sastro, namun ia jelas kelihatan bahawa gambar tersebut tidak asli dan ia dihasilkan melalui teknik 'super impose' (pertindihan).
sumber

5 Perkahwinan pelik



1) Berkahwin Dengan Menara Eifel


11 5 Rekod Perkahwinan Pelik! Pelik atau Bodoh?
Erika 39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Mulanya, Erika tergila-gilakan Lance, sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana sahaja dan  dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap cinta dan janji setia. Sempena perkahwinannya, Erika menggunakan nama ‘Erika La Tour Eiffel’.

Monday, April 23, 2012

Gambar Artis Bersosial



image
image

Sunday, April 22, 2012

Gambar Rumah THE ROCK




Siapa Sebenarnya Ustaz Don





BERBULAN-BULAN usaha mengaturkan sesi fotografi dengan pemuda bernama Don Daniyal Don Biyajid, 28, atau mesra dengan panggilan Ustaz Don ini. Kesibukannya mengehadkan masa bersama media, namun pelawaan wakil TV AlHijrah ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, pada 15 April lalu membuahkan hasil.

Kebetulan ketika itu Ustaz Don terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.

Saturday, April 21, 2012

Gambar Rumah Cristiano Ronaldo Bernilai 60juta.






10 Fakta Yang Perlu Kita Tahu Mengenai Kelahiran


 

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji

Fesyen Yang Sangat Cool


Tanda-Tanda Awek Anda Curang Dengan Anda




Tak kira samaada anda da berkahwin @ dalam hubungan penipuan boleh berlaku dimana2 sahaja.Ia memang sukar utk dipercayai apabila pasangan berlaku curang dibelakang kita,tak setia dan lebih menyakitkan bila kita sendiri nampak depan mata.Jom tgk tips2 ni mungkin dapat menolong anda.

1st – She pulls away from you
**Kalau sebelum ni GF anda seorg yg penyayang,mnje,suke dibelai tp sekarang nk dekat pn da kena marah,ape nth lg nk sentuh anda.Kerap b'gadoh walaupn hal yg kck2.Tak mahu lg meluangkn mse utk anda,ini petanda besar yg hubungan anda memang jelas ada masalah.


2nd – No time for u
**GF anda rase gelisah bila anda cuba bertanyakan tentang perubahan dlm hubungan anda.Bila ditanya tentang perangai dia,GF anda marah n tak nk mengaku.Nampak sangat kan?

3rd – New friends
**GF anda ada kawan lelaki baru.Kalau sebelum ni sesiapa je kawan dia mesti si dia bagitau anda.Tp sekarang tak lg?Fikir sendri la ye..Anda patut tau jawapannye.

4th – She picks fights
**Kalau anda dan si dia asyik bgadoh n si dia pula sentiase nk menang je walaupun dlm perkara2 yg kecik yg sebelum ni tak penting pn diungkit.em u should know rite?Usually cheaters feel less guilty about their betrayal when they feel it's justified.


5th – Anda da Tak penting dlm hidup si dia
** Bila GF da tak meluangkan masa lg utk anda,ia adalah tanda hubungan anda akn tamat tak lama lg.Mugkin si dia da jumpa org baru dlm hidupnya.

6th – GF tak mahu meluangkan masa utk family n rakan anda
**Biasanya jika hubungan sseorg itu di peringkat yg serius(nk btunang/bkahwin) masa yg ada byk d habiskn utk bakal family @ friends2 yg rapat.Jika dia tak mahu lg meletakkan diri dalam usaha utk melihat org2 penting dalam kehidupan anda,mungkin dia sedang cuba utk menarik diri daripada hubungan anda.

7th – She dressup nicely but not to go out with you
**Jangan terkejut jika dia berpakaian berbeza dari dia keluar dgn anda sebelum ni.Ini mungkin tanda yg si dia nk tarik perhatian org baru dlm hidupnya.

8th – She never told u any details about her plans
**Pasangan yg open minded selalunya mereka akn bagitau hari2 mereka utk bkongsi jadual mereka.Tp jika dia enggan bercakap mengenai jadual dia,ini bermakna mgkn dia tak mahu anda tahu jadualnya.


9th – She hides her phone
**Baik GF@BF jika masing2 sentiasa menghantar mesej selain anda tanpa mmbiarkan anda dekat dgn telefonnya ataupun bergayut pd tengah malam dr nombor2 yg tak diketahui tanpa pengetahuan anda.Ini mungkin dia sedang cuba menyembunyikan sseorg daripada anda.

Maya Karin Sudah Bersedia Untuk Bercinta




PETALING JAYA: Pelakon jelita Maya Karin menjelaskan dia sudah bersedia untuk kembali menjalinkan hubungan cinta selepas bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah pada 2010.
Maya berkata, dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai keyakinan diri dan tidak takut kepada cabaran.
"Saya sudah bersedia untuk mencari jodoh selepas kegagalan rumah tangga dulu tapi orang mungkin takut untuk mendekati saya kerana status selebriti yang ada pada diri saya.
"Bagaimanapun saya berharap lelaki itu nanti tidak hanya melihat sisi saya sebagai seorang pelakon kerana saya juga adalah wanita biasa," ujarnya kepada akhbar The Star, Sabtu
Dalam pada itu, Maya berkata, kejayaan Ombak Rindu yang berjaya mengutip hampir RM11 juta bukan sahaja telah mengubah kerjaya lakonannya malah dirinya sendiri.
Kata Maya, watak sebagai Izzah seorang gadis kampung yang polos dijadikan inspirasi kepadanya dalam menjadi seorang yang lebih baik dalam kehidupan seharian.
"Saya cuba mengekalkan sebanyak mungkin kualiti pada watak Izzah seperti kesabaran, tenang, sikap positif apabila timbul masalah dan sebagainya.
Bercakap mengenai perkembangan terbaru Maya berkata, dia bakal bekerjasama dengan Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah filem Ombak Rindu, Osman Ali untuk filem terbarunya.
Bagaimanapun kata Maya, akibat kekangan masa banyak karya yang bagus terpaksa ditolak buat masa ini dan dia menganggap bukan rezeki buatnya
"Saya sangat sibuk dengan beberapa projek yang telah diterima sebelum ini malah pada hari cuti pun saya perlu memenuhi undangan sesi penggambaran bersama media.
"Masa lapang saya pun dikorbankan untuk bersama keluarga dan rakan-rakan itu pun masih terkejar-kejar dengan pelbagai perkara," ujar Maya.

sumber : mstar

HARAM TIDAK BAYAR PTPTN - MUFTI



BENTONG: Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, Jumaat.
Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
sumber : mstar

Aksi Berani Jurugambar



PhotobucketPhotobucket

Thursday, April 19, 2012

RM500,000 Bidaan Untuk Plat Nombor WWW?



PUTRAJAYA – Pembidaan untuk plat nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan “WWW” hanya bermula pada 30 April tetapi nombor giliran hampir habis dijual.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata tidak banyak lagi nombor giliran yang tinggal terutama bagi hari pertama dalam tempoh 14 hari bidaan.
“Ianya benar-benar laris macam goreng pisang panas.
“Kami memutuskan untuk menjual nombor giliran lebih awal untuk mengelakkan kesibukan dan kesesakan di kaunter,” katanya.
Nombor giliran diperlukan bagi orang ramai yang ingin mengemukakan bidaan mereka untuk nombor pendaftaran dan dijual pada harga RM10 setiap nombor.
Bidaan hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Kuala Lumpur di Wangsa Maju, Bandar Sri Permaisuri dan Maju Junction.
Mohd Nadzri berkata satu nombor giliran adalah sah untuk satu tawaran bidaan sahaja dan meramalkan bahawa nombor pendaftaran “WWW” boleh menarik tawaran setinggi RM500, 000.
“Kami telah menerima beberapa tawaran bidaan melebihi RM400, 000,” katanya tetapi enggan mendedahkan nombor tersebut.
Kementerian Pengangkutan menjangkakan plat nombor pendaftaran “WWW” bakal memecah rekod sebagai yang paling mahal.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata salah satu sebab orang ramai begitu berminat dengan nombor pendaftaran ini ialah kerana ia adalah singkatan di Internet atau “World Wide Web’.
“Berdasarkan minat yang ditunjukkan, kami percaya nombor pendaftaran ini tidak akan hanya menjadi rebutan, tetapi akan mencatat rekod untuk harga tempahan tertinggi.
“Nombor “angka tunggal” seperti WWW 1, WWW 3, WWW 8 serta WWW 11, WWW 33 dan WWW 88 dijangka akan menjadi rebutan,” katanya.
Bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan di negara ini setakat ini adalah MCA1, dibeli dengan harga RM300,100 pada tahun 2010, mengatasi rekod sebelumnya dikeluarkan di Terengganu sebanyak RM242, 000 untuk nombor pendaftaran TAY1. –mStar Online

Gambar Siti Nurhaliza Bercuti Di Luar Negara



HADIAH ulang tahun ke-33 penyanyi tanahair Datuk Siti Nurhaliza penuh bermakna buat dirinya. Menerima dua hadiah istimewa daripada suami tersayang Datuk Khalid Muhammad Jiwa antaranya percutian di luar negara menjadi kenangan terindah buat penyanyi numero uno negara ini.
Percutian 10 hari bermula 3 Januari itu, menyaksikan pasangan itu menjejaki bumi Maghribi, Marakesh dan Dubai.
Dalam kesibukan menikmati percutian itu, Siti sempat merakamkan gambar-gambar percutian beliau untuk tatapan peminatnya.



Percutian eksotik Datuk Siti …


Wednesday, April 18, 2012

Bayi Berkaki Enam




Sungguh malang nasib bayi ini. Menderita kelainan genetika, bayi asal Pakistan ini, terlahir dengan enam kaki di tubuhnya. Sejumlah doktor di Institut National Kesehatan Anak Pakistan, kini mencuba untuk mengangkat empat kaki bayi yang kini dirawat di unit perawatan intensif rumah sakit tersebut.

Menurut Pengarah Institut Nasional Kesihatan Anak Pakistan, Jamal Raza, ibu dari bayi malang itu diramal mengandung bayi kembar, namun pertumbuhan janinnya tidak sempurna berkembang menjadi prematur.

Bayi Berkaki Enam Hal itu mengakibatkan janin itu tumbuh menjadi seorang bayi yang memiliki organ kaki tambahan. Jamal menambahkan, pihaknya merancang akan mengoperasi kaki anak itu, dan mempertimbangkan akan meminta bantuan dari para pakar asing dengan pengalaman lebih mendalam kelainan langkah tersebut, yang diyakini menimpa hanya satu dari satu juta bayi.

Petua Rozita Che Wan Kekal Lansing



KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Rozita Che Wan sangat serius menjaga kecergasan dan potongan badannya apabila mengaku sanggup ke gelanggang Futsal selepas jam 12 malam dan bersukan sehingga jam 2 pagi.
Menurut ibu tunggal itu, selepas bersukan selama dua jam di gelanggang futsal, barulah dia akan pulang ke rumahnya untuk berehat dan tidur.
Berkongsi tips untuk kekal langsing sepertinya, Rozita, 39, memberitahu bahawa dia sering mengelak mengambil minuman bergas untuk mencegah perut buncit.
“Saya elak mengambil minuman bergas kerana takut perut buncit. Saya pun kuat juga bersukan. Kalau balik rumah pukul 12 malam, saya pergi main futsal dulu sampai pukul 2 pagi. Lepas tu baru tidur,” katanya yang dipetik dari Mstar Online, baru-baru ini.
Selain itu, artis yang pernah digosip menjalinkan hubungan dengan Shahir AF yang jauh lebih muda darinya itu juga hanya mengambil nasi sekerap dua kali sehari sahaja.
Di dalam wawancara tersebut, Rozita turut menafikan gosip yang menyatakan bahawa anak lelakinya, Aniq Ezra Azuar Effendi, 14, lari dari rumah disebabkan tidak berpuas hati dengannya yang mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang berstatus ‘Datuk’.
“Haa… haa… kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,” katanya berseloroh mengenai dakwaan tersebut.
Sebaliknya, calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) itu menjelaskan bahawa Aniq Ezra merajuk kerana berkecil hati dengan sikap ibunya yang dikatakan terlalu melebih-lebihkan abangya, Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.
Rozita adalah merupakan selebriti hiburan yang sering mendapat perhatian media ekoran rupa parasnya yang cantik dan gemar tampil seksi di majlis-majlis keraian yang sering menimbulkan kontroversi dari sudut etika pemakaian artis beragama Islam.

Hina Allah Sebab Teman Lelaki




astarfurullahhalazim

Tuesday, April 17, 2012

Pemandu Teksi Menang RM32,400 Teka Ketawa Artis




Ahmad Rusdi Mat Daud menang RM32,400 dalam pertandingan akhir peraduan ‘Ketawa & Ceria Bersama Suria, Menang Sehingga Suku Juta’ anjuran Suria FM.
PETALING JAYA: Tuah menyebelahi seorang pemandu teksi Ahmad Rusdi Mat Daud apabila dia memenangi wang tunai sebanyak RM32,400 dalam peraduan Ketawa & Ceria Bersama Suria, Menang Sehingga Suku Juta anjuran stesen radio Suria FM.
Lelaki berusia 44 tahun itu mara ke peringkat akhir selepas berjaya meneka lima rakaman ketawa selebriti mengikut turutan yang tepat menerusi peraduan yang berlangsung pada 19 Mac hingga 13 April lalu di radio tersebut.
Mengulas mengenai kemenangan tersebut, bapa kepada dua anak ini berkata, dia tidak menyangka akan bernasib baik pada pertandingan akhir peraduan itu.
“Saya langsung tidak letak apa-apa sasaran. Apabila saya dimaklumkan oleh Suria FM sebagai 15 finalis, saya hanya datang dengan harapan untuk mencuba nasib.
“Pada tahun lalu, saya pernah menyertai peraduan Proton Inspira juga bersama Suria FM tetapi kurang bernasib baik. Mungkin, sudah rezeki saya untuk menang pada kali ini,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan akhir itu di Tropicana City Mall, di sini, petang Isnin.

Saturday, April 14, 2012

Gambar Tangga Yang Fail





Friday, April 6, 2012

9 Orang SITI Yang Patut Di Jadikan Contoh Ikutan



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak ‘Siti Nurhaliza’ sahaja sebagai ‘role model’ untuk anak-anak kita.

Jenis Pistol Terbaik Di Dunia



Pistol merupakan senjata api yang boleh digunakan hanya dengan satu tangan. Perkataan ‘pistol’ mulai digunakan untuk menerangkan senjata api pada abad ke-18. Pada abad ke-15 pistol bererti sebuah pisau kecil yang boleh disembunyikan di dalam pakaian.

Pistol atau senjata api dibahagi menjadi dua jenis utama. Revolver, yang menggunakan ruang peluru yang berputar. Dan pistol biasa, yang ruang pelurunya bersambung dengan laras. Pistol menggunakan kaliber peluru yang bervariasi, dari .22 sampai .50 cal. Berdasarkan ketepatan, daya tembakan, kapasiti keampuan dari setiap senjata. Berikut ini ada 10 jenis senjata api kategori pistol.

NUMBER 10
BARRETA 92 / ITALIA. Specification :
round box magazine/ semi-automatic

NUMBER 9
WALTHER P99 / JERMAN. Specification :
Feed system 12 or 16 round box magazine / semi-automatic

NUMBER 8
HS2000/Springfield armory / CROATIA.Weight : 0,89 kg
catridge : 9×19 mm
feed system : 9/12/13/16 round box magazine

NUMBER 7
SIG P250 DCC SWITZERLAND/ GERMANY.Round box magazine/
semi automatic

NUMBER 6
HACKLER & KOCH MARK 23 /GERMANY/ USA. Specification :
box magazine/semi automatic

NUMBER 5
GLOCK 19 / AUSTRIA.Specification :
Round box magazine/ semi automatic

NUMBER 4
FN FNP-45 /BELGIUM /USA.Specification :
Round Magazine/ Semi Automatic

NUMBER 3
HECKLER & KOCH USP / GERMANY. Specification :
Round Magazine/ Semi Automatic

NUMBER 2
P3 / INDONESIA. Specification :
Round Magazine/ Semi Automatic

NUMBER 1
FN FIVE-SEVEN/BELGIUM. Specification :
Round Magazine/ Semi Automatic