Tuesday, February 28, 2012

10 negara ramai penduduk islam





1. Indonesia (182.570.000 orang)


Indonesia merupakan negara Muslim terbesar di seluruh dunia. Meskipun 88% penduduknya beragama Islam, Indonesia bukanlah negara Islam.
Muslim di Indonesia juga dikenal dengan sifatnya yang moderat dantoleran. Pada tahun 30 Hijri atau 651 Masehi, hanya berselang sekitar 20 tahun dari wafatnya Rasulullah SAW, Khalifah Utsman ibn Affan RAmengirim delegasi ke Cina untuk memperkenalkan Daulah Islam yang belum lama berdiri.
Dalam perjalanan yang memakan waktu empat tahun ini, para utusan Utsman ternyata sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, tepatnya tahun 674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai barat Sumatera. Inilah perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan Islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang Muslim terus berdatangan, abad demi abad. Mereka membeli hasil bumi dari negeri nan hijau ini sambil berdakwah.


2. Pakistan (134.480.000 orang)


Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Dengan lebih dari 150 juta penduduk, nama Pakistan diambil dari awalan daerahPunjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan.
Sedangkan dalam bahasaPersi Pak berarti suci dan Stan bermakna Negara, sehingga para pendiriPakistan mengharapkan adanya negara suci menurut ajaran Islam.


3.India (121.000.000 orang)


Islam adalah agama yang kedua terbesar kedua setelah agama Hindu(80.5%). Ada sekitar 174 juta Muslim, 16.4% dari jumlah penduduk. Sejak pengenalannya ke India, Islam telah membuat penyumbangankeagamaan, kesenian, falsafah, kebudayaan, kemasyarakatan dan politik kepada sejarah, warisan dan kehidupan India.


4. Bangladesh (114.080.000 orang)


Islam adalah agama terbesar Bangladesh, yang muslim penduduk lebih dari 130 juta dan merupakan hampir 88% dari total jumlah penduduk.Islam datang ke wilayah
Bengal sejak abad ke-13, terutama oleh kedatangan para pedagang Arab dan Persia Saints. Salah satu yang terkenal adalah suci Islam, Shah Jalal.


5. Turki (65.510.000 orang)


Daerah yang terdiri dari Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya melatar belakang ke zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah. Orang Turki secara kebudayaan dan sejarah adalah umatIslam.


6. Iran (62.430.000 orang)


Iran meliputi negara Iran dan juga negara-negara tetangganya yang mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan bahasa. Ketika itu, negara-negara ini diperintah oleh kekaisaran-kekaisaran sepertiMedia dan Akhemenid.
Sassania adalah kekaisaran Persia terakhir sebelum kedatangan Islam. Kemudian Persia bergabung menjadi sebagian khilafah Islam awal.


7. Mesir (58.630.000 orang)


Islam menyentuh wilayah Mesir pada 628 Masehi. Ketika itu Rasulullahmengirim surat pada Gubernur Mukaukis -yang berada di bawah kekuasaan Romawi-mengajak masuk Islam. Rasul bahkan menikahi gadis Mesir, Maria. Pada 639 Masehi, ketika Islam di bawah kepemimpinan Umar bin Khattab, 3.000 pasukan Amru bin Ashmemasuki Mesir dan kemudian diperkuat pasukan Zubair bin Awwamberkekuatan 4.000 orang. Mukaukis di dukung gereja Koptimenandatangani perjanjian damai.
Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan pihak Islam. Di masa kekuasaan Keluarga Umayah dan kemudian Abbasiyah, Mesir menjadi salah satu provinsi seperti semula.Khalifah Muiz membangun Masjid Besar Al-Azhar (dari “Al-Zahra”, nama panggilan Fatimah) yang dirampungkan pada 17 Ramadhan 359 Hijriah, 970 Masehi. Inilah yang kemudian bekembang menjadi Universitas Al-Azhar sekarang, yang juga merupakan universitas tertua di dunia saat ini.


8. Nigeria (53.000.000 orang)


Islam dianut oleh 50% dari total penduduk Nigeria. Penyebaran Islam diNigeria dibagi dalam tiga periode, yaitu periode Trans Sahara dan Afrika Utara, periode Atlantik dan periode kemerdekaan.
Di samping melakukanperdagangan, para pedagang Muslim juga memperkenalkan misi utama ajaran Islam, yaitu mengembangkan perdamaian, keadilan dankesejahteraan.


9. Algeria/ Al-Jazair (30.530.000 orang)


Islam pertama kali dibawa ke Aljazair oleh Bani Umayyah setelah invasi dinasti dari Uqba bin Nafi, dalam berlarut-larut proses penaklukan dan konversi yang membentang 670-711. Namun, seperti di Timur Tengah itu sendiri, mereka berusaha untuk menggabungkan baru mereka Islamdengan perlawanan terhadap aturan luar negeri kekhalifahan – sebuah ceruk yang Khawarij dan Syiah “ajaran sesat” di isi dengan sempurna


10. Maroko (28,780,000 orang)


Maroko modern pada abad ke-7 M merupakan sebuah wilayah Barbaryang dipengaruhi Arab. Bangsa Arab yang datang ke Maroko membawaadat, kebudayaan dan ajaran Islam. Sejak itu, bangsa Barbar pun banyak yang memeluk ajaran Islam.

20 senarai laman web popular di Malaysia



ranking alexa

Sepertimana yang kita tahu, google adalah aplikasi web yang paling popular digunakan diseluruh dunia seperti e-mel gmail, google search engine dan google maps. Facebook dan Youtube pula menyusul di tempat ke-2 & ke 3 dalam ranking web paling ramai penggunanya. Namun ketiga-tiga laman web tersebut adalah laman web dari luar negara. Adakah anda tahu laman web dari Malaysia yang paling popular di internet? Mari kita lihat senarai ranking 20 laman web Malaysia yang popular ini (sehingga Februari 2012);

19) busuk.org

Apa yang penulis dapat rumuskan dari senarai ini adalah, laman web pengiklanan seperti Mudah, Lelong dan Job Street memang mempunyai ramai pengguna kerana mereka mencari maklumat yang diingini atau membeli barang atau mencari pekerjaan yang merupakan asas penting kehidupan. Selain itu laman web berita seperti Utusan, Berita Harian, The Star menunjukkan bilangan pembaca online semakin meningkat. Tidak ketinggalan Maybank & CIMB yang menunjukkan perbankan internet semakin luas digunakan.

Senarai ranking ini telah diambil dari laman web alexa.com dimana laman ini digunakan untuk melihat ranking dan statistik laman web seluruh dunia. Ranking dikira dari aspek bilangan pelawat, back link dan SEO. Jika anda mempunyai laman web atau blog, boleh cuba untuk melihat samada anda mempunyai ranking atau tidak. Hanya taipkan url laman web/ blog anda dalam kotak yang disediakan. sumber

kitab injil 1500 tahun di temui



ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – sumber

Dato' Lee Chong Wei Pemilik Ferrari BLG1


Dato' Lee Chong Wei memang terkenal sebagai pemain badminton berstatus nombor satu dunia, dan kehebatan di gelanggang juga tidak dinafikan. Dah atlet yang berjaya, jadi dah secocoknya dia menerima banyak imbuhan dan insentif daripada kerjayanya itu. Kini dengan usahanya itu, dia memiliki Ferrari F430 yang dikhabarkan atlet pertama memilikinya.

Sebelum ini Chong Wei dikhabarkan memiliki Nissan GTR R35, namun kereta itu dikatakan dijual untuk membeli kereta Ferrari ini. Selain itu Chong Wei juga mempunyai kereta BMW X6 Coupe dan Proton hitam Inspira 2,0 (hadiah dari Proton)

TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN






Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.


Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.






100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

sumber

Sunday, February 26, 2012

SUATU GAMBAR DUNIA REALITI YANG MENAKJUBKAN


Kadang-kadang gambar realiti lebih aneh daripada gambar manipulasi Photoshop. kami memperlihatkan kepada anda setiap gambar yang pernah tampak seperti palsu, tapi ternyata tidak.jika anda bertanya-tanya dimana tepian kolam itu atau adakah si perenang yang berenang itu akan jatuh jika terlalu menepi, maka inilah keunikan rekaan kolam itu...

1. Orang ini berenang di angkasa atau pada ketika tsunami akan menghentam bangunan-bangunan tersebut ?


Gambar ini tidak menakutkan seperti mana anda berfikir itu hanya gambar kad pos ataupun gambar dari manipulasi photoshop. atau mungkin kolam renang itu dindingnya di beri gambar bangunan-bangunan ....
Tidak, orang itu ternyata berenang di puncak bangunan pencakar langit .

Ini adalah Marina Bay Sands SkyPark, dan itu di tingkat 55 ( 600 kaki) di atas permukaan jalan.

2.Kereta CD Changer



ini adalah fasiliti penyimpanan milik volkswagen jerman

3.Penjaga gol raksasa


Tak ada rekod tentang kecelakaan kenderaan disebabkan oleh billboard pemain bola sepaksepanjang 200 kaki di Munich, Jerman. Tapi mungkin para pemandu akan terkejut dan tidak jadi mengantuk ketika ia akan membayangkan ditendang pemain bola raksasa untuk masuk ke gol .

4. Melukis Sungai


Ini adalah Proses pembersihan di danau Chaohu China



5. Memberikan kesan seni pada muzium ...


Ini terlihat seperti lukisan dari MSPAINT yang buruk, tapi sebenarnya ini hanya seseorang yang mencuba membuat karya seni tentang perspektif gambar yang akan terlihat jika anda berada di sudut penglihatan yang tepat, hanya dengan pita berwarna hijau...



Keterampilan seniman jalanan Aakash Nihilani yang membuat efek kubus di sarana publik mungkin untuk bertujuan membuat kagum akan orang yang melalui kawasan tersebut .


6.Pesawat Jet yang mengeluarkan asap pelangi


ini adalah gambar yang diambil dari sudut yang tepat dari pesawat jet ketika wap air membiaskan cahaya matahari

7. A Cautionary Tale of Teleportation Gone Wrong A Tale Peringatan dari Teleportasi Gone Wrong



Ini adalah gambar yang popular dari Pokok yang menelan basikal di Pulau Vashon (dekat Seattle).

jadi kita tidak dapat menghalang tumbuhnya pokok dengan meletakkan motosikal atau basikal kita diantara pokok yang tumbuh dengan matahari

8. Tembikai Soviet


Tembikai ini diukir pada pertandingan di festival Republik Cech . Mirip mulut Mick Jagger tanpa lidah.

9.Vas ? atau botol kembang ?


Anda boleh melakukan ini dengan mengzoom titisan air, yang dibawahnya ada objek yang akan dibiaskan oleh titisan air tersebut


10. Meja Kopi Tile Mosaic

Seperti Meja dengan motif mozaik...tapi Fragmen rapi adalah bongkahan ais yang terapung di McMurdo Sound di Antartika .

Ketika potongan besar ais retak akibat pemanasan global , ianya akan memberi kesan seperti dipotong dengan laser raksasa

11.KOMODO


mungkin anda berfikir ini hanya dari hasil manipulasi photoshop tentang binatang yang diberi topi di atasnya.

Ini adalah komodo di taman buaya St. Agustin, dia sedang menyambut ulang tahun dengan memakai topi Spongebobs dan kuih ulang tahun dari tikus yang mati

12.Bukan batu yang berjatuhan


Ini bukan manipulasi gambar, ataupun tehnik manipulasi kelas tinggi, ini adalah seni baru yang dinamakan batu keseimbangan "balancing rock".
Jika anda dapat dengan teliti dan cermat menyusun batu-batu tersebut akan kelihatan batu itu seperti melayang

13. Pulau peribadi



14. Tempat tidur di bawah lautan


Tempat tidur ini berada di sebuah suite di kePulauan Rangali Conrad Maldives, di bawah Lautan Hindia.

15. 2 kaki = 16 jari !!!


ini adalah kaki dari seorang anak cina yang dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 jari kaki

16.Karya Seni Kabel USB Dilihat Dari Satelit


Sepintas lalu ini kelihatan hampir sama seperti rekaan artis techno yang dibuat dengan sambungan USB.
Ini sebenarnya foto satelit dari sebuah kawasan turbin angin Australia yang masih dalam pembangunan .
Ujung-ujung sambungan yang tampak adalah dasar di mana turbin angin akan segera terpasang:


Berikut adalah gambar dari projek turbin angin setelah selesai:



Benarkah Bruce Lee Mati Kerana Tewas Silat??


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.

Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.



Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.

Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.

Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.







Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.)

Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah 'cerita rasmi' tentang kematian Bruce Lee.

Benda Pelik Yang Pernah Dibaling Ke Dalam Padang Bola Sepak



Sepanjang sejarah bola sepak, ada ramai peminat yang fanatik terhadap kelabnya. Dan banyak cara juga mereka apresiasikan untuk kelab tercinta dari nyanyian untuk memeriahkan suasana hingga bunyi mercun yang menghangatkan stadium. Itu semua mereka lakukan untuk menunjukan bahawa mereka ada di sana sebagai pemain ke-12.

Tapi kadang-kadang para peminat fanatik ini terlalu jauh dalam menunjukkan rasa sayang mereka terhadap kelab kesayangan mereka. Berikut ini adalah 10 benda pelik yang pernah dilempar penyokong ke dalam padang bola sepak sepanjang sejarah bola sepak.

1. Bola Pantai
Terjadi di Scotland ketika pertandingan Celtics vs Glasgow.

2. Kepala Babi
Ini merupakan bentuk kemarahan penyokong Barcelona terhadap Luis Figo, kerana Figo pindah ke Real Madrid yang merupakan musuh tradisi Barcelona.

3. Scooter
Ini terjadi pada pertandingan Inter Milan vs Atalanta. Sebelum pertandingan dimulakan, penyokong Inter mencuri scooter dari penyokong Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium. Scooter di simpan di tempat kosong di dalam Stadium San Siro dan berusaha dilemparkan ke dalam padang.

4. Arnab
Ini terjadi di Greece, ketika pertandingan tim Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung.

5. Vibrator
Penyokong gila di Argentina melemparkan vibrator ke dalam padang bola sepak.

6. Babi
Ini terjadi pada salah satu kelab di Poland

7. Botol Whisky
Terjadi di Sepanyol tahun 2006, ketika perlawanan Atletico Madrid vs Sevilla.

8. Donut
Penyokong Hajduk Split (Croatia) memprotes presiden kelab mereka dengan membaling donut ke dalam padang. Kebetulan Presiden Kelab mereka mempunyai perusahaan kuih donut.

9. Bom Tangan
Dalam perlawanan pada tahun 1966 pertandingan antara Millwall dan Brentford di Den Lama, seorang dari penonton melemparkan bom tangan pada Brentford penjaga gol Brodie Chic, yang mendarat tepat di tujuan.

Setelah terkena balingan dari penonton, Brodie meminta hakim garis untuk datang memeriksa benda apa yang dilempar untuknya, setelah hakim garisan memeriksa bahawa benda itu bom tangan, ia langsung mengisyaratkan semua pemain untuk meninggalkan padang secepat mungkin.