Wednesday, May 31, 2017

Mencari malam lailatul qadar



Maksud Lailatul Qadar
Lailatul Qadar atau Lailat al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang di dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.


Tanda-tanda Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

  1. Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. Isnin - 21 Ramadhan
  3. Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
  4. Khamis - 25 Ramadhan
  5. Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Itu sahaja perkongsian sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah SWT. Wallahu'alam...