Wednesday, October 3, 2012

info mengenai G-SHOCK



Semasa kami masih bersekolah dahulu jam tangan yang paling legendary ialahCasio G-Shock. Semua orang yang merasakan diri mereka cool beans akan memakai jam tangan tahan lasak ini ke sekolah. Jam tangan ini sangatlah tahan lasak sehingga ada student yang menggunakannya untuk menjadi buku lima bila bergaduh diluar sekolah. Tidak seperti belat buckle besi besar gedabak, G-Shock tidak pernah diharamkan dan ianya menjadi senjata impromptu kegemaran budak pailang. Heh.. Pailang...... I haven't used that word since I was 15.





Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.



























Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough". 



Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TENyang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun

Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991



















G-Shock menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elitDelta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven.

No comments: