Thursday, August 30, 2012

abby abadi persoal bekas mufti



Abby Abadi-Dr Asri
Seperti yang kita tahu, Abby Abadi kini sudah mencapai tahap pengetahuan ilmu agama yang agak tinggi berkat menghadiri beberapa  ceramah politik anjuran PAS.
Disebabkan itu, ramai yang kini gemar mengelarkan Abby sebagai ustazah.
Berbeza sekali Abby kini berbanding ketika ramai menuduh dia pergi bercuti dengan anak ikan dia masa belum lagi bercerai dengan bekas suami.
Dan memang tidak dinafikan, pengetahuan agama Abby kini bukan peringkat calang-calang orang boleh nafikan.
Memang Abby sudah banyak berubah. Tidak ada lagi istilah anak ikan dalam hidupnya. Yang ada hanyalah pencarian ilmu dan perjuangan untuk agama berlandaskan fahaman sebuah parti politik.
Mungkin disebabkan darjat kemulian dan ilmu yang begitu banyak di dada, Ustazah Abby kini sudah mampu menegur seorang bekas Mufti.
Bayangkan, Dr Mohd Asri pun ditarbiyahkan oleh Abby…melalui apa? Melalui Twitter sahaja.
Itu baru twitter…Kalau diajak berdebat tak tahulah entah apa-apa dalil dan hujah bernas Abby yang terpaksa bekas mufti berkenaan dengar dan pelajari.
Hebat betul Ustazah kesayangan kita semua ini.
Namun, teguran Abby bukan berlalu begitu sahaja…seperti mana Ustaz Azhar Idrus pernah menyindir Abby dulu, Dr Asri pun menegur Abby balik….agak pedas juga teguran ustaz itu.
“Seseorang yang telah kembali kepada agama dan dijemput ceramah tak bererti dia telah benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen”…itulah jawapan balas Dr Asri…..pedihnyaaaa!
Memang Abby tidak cuba memahami persoalan yang dilontarkan Dr Asri, dan cuba berlagak hero.
Akhir kata, padan muka kau Abby…sedarlah diri kau tu sikit. Bagi tumbuh balik bulu kening tu sebelum nak menegur bekas Mufti.

No comments: