Beliau berkata, pembidaan itu mencatat hampir empat kali ganda bidaan berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu nombor pendaftaran kenderaan siri "WVW" yang mempunyai 4,750 bidaan.
Bidaan bagi nombor pendaftaran siri itu yang dibuka pada 30 April lalu mendapat sambutan luar jangkaan apabila 12,805 bidaan diterima di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (2,362), JPJ Maju Juntion (926) dan Pos (2,150).
Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment