Tuesday, May 15, 2012

Nik Aziz Bidas Mufti Perak, Gesa Jangan Masuk Campur Hal Politik



PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesaMufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik terutama jika mempunyai persepsi negatif terhadap parti itu.
Sambil menempelak dan menyifatkan Harussani sebagai seorang yang memiliki pandangan lapuk, Nik Abdul Aziz menasihatkan agar mufti berkenaan berfikiran rasional berlandaskan kebenaran.
"Saya nak beritahu, mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik kalau (berpandangan) begitu serong terhadap PAS.
"Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.
"Ini kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama 'orang Umno' yang melihat Umno tak mampu berjuang (untuk) Islam. Nampak sangat mufti itu tak baca sejarah," katanya yang dipetik menerusi akaunfacebook pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai laporan muka depan akhbar Berita Harian berhubung kenyataan Harussani yang mendakwa perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakanagama Islam demi kuasa dan kerusi politik.
Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalamnama parti.

2 comments:

Anonymous said...

Saya hairan mengapa Nik Aziz tidak mau melaksanakan hukum HUDUD di Kelantan setelah lebih 20 thn memerentah Kelantan,

a) Apakah beliau takut kepada BN lebih TAKUK KEPADA ALLAH
b) takut ISA lebih dp taku kpd Neraka ALLAH
c) takut hilang penundi bukan Melayu
d) Kesemua di atas

Soalan di atas belum lagi dijaab dg memuaskan

Anonymous said...

Laa..cakap tu biar lah mcm org educated sikit...PAS dah put proposal to Federal Gov..It's Federal Gov authority to approve it..unfortunately kerajaan BN kita tak approve...so jgn salahkan PAS pulak yg tak jalankan kerja...skrg ni yg tak bagi kebenaran tu gomen kita...ada paham??!!