Tuesday, March 13, 2012

Tasha Shilla Mahu Kaki Lebih Panjang



Tasha Shilla.
NAMA pelakon Tasha Shilla tiba-tiba melonjak naik apabila terpalit dengan cerita kontroversi yang mendakwa kononnya dia berkelakuan liar dan menari ghairah di kelab malam.
Belum reda dengan isu itu, pelakon itu sekali lagi dikaitkan dengan cerita kurang enak apabila dituduh sedang menjalin hubungan dengan seseorang berstatus VIP pula.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata jika benar dia menjalin hubungan dengan individu berstatus VIP, dia tidak perlu menceburi bidang lakonan dan bekerja keras untuk menaikkan taraf kehidupannya.
“Saya nafikan dakwaan itu. Kalaulah benar saya menjalin hubungan atau dibela golongan VIP, buat apa saya bekerja-keras siang dan malam untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan ini.
“Lagi pun, saya tinggal dan berada di bawah jagaan keluarga. Ibu bapa saya sentiasa mengetahui dan memantau gerak-geri saya, jadi tidak logik kalau ada yang kata saya dibela oleh VIP,” katanya kepada mStar Online.
Tidak mahu melayan cerita negatif mengenai dirinya, Tasha bagaimanapun mengakui fasa kehidupannya hari ini sangat membahagiakan.
Bukan kerana cinta, tetapi dia begitu bersyukur dengan laluan lancar yang ditempuhi dalam mengukuhkan namanya di persada seni lakon tanah air.
Mari kita baca kisah peribadi menarik mengenai pelakon ini.
1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Mengenai penggambaran drama yang belum selesai.
2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Mati.
4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Gigih.
5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Penipu.
6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Berlakon depan kamera. Dulu tidak ada keyakinan diri.
7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Elakkan perasaan membenci.
8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Pernah tapi tak pasti.
9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Menyanyi.
10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR? Kaki. Mahu kaki panjang macam patung Barbie doll.
11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Diterima ramai.
12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Apabila tidak dapat jayakan kehendak pengarah.
13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Masuk dalam keranda untuk jayakan drama “Panggilan Arwah”.
14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Setia kawan dan tidak tikam dari belakang.
15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: Tiada.
16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: Tiada.
17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Hasil kerja.
18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Tidak mudah putus asa, gigih dan realisasikan impian.

No comments: