Sunday, February 26, 2012

Orang Asli Menang Kereta Mercedes


Jangan terkejut apabila membaca berita ini. Orang asli menang kereta mewah yang berjenama Mercedes. Itulah hakikat sebenar apabila Sapiah Aping, 45 yang merupakan orang asli dari suku kaum Semaling dari Bera, Pahang memenaNgi hadiah kereta Mercedes -Benz E200 CGI. Hadiah itu dimenanginya hasil daripada simpanan wang dalam Sijil Simpanan Premium(SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional(BSN).





“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.

No comments: