Gambar Bas Umno Kemalangan Maut. Dua bas yang membawa ahli Umno terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal pagi, tadi. Dalam nahas kira-kira jam 2.58 pagi itu, seorang wanita warga emas maut manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan bas UMNO itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)Mangsa, Roa Dol, 79, Ahli Jawatankuasa Umno cawangan Parit Lubok Tengah, Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.Semua 84 peserta rombongan dari Terengganu dan Johor dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat selepas selesai menghadiri Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil.Ketika kejadian, sebuah bas dikatakan hilang kawalan, lalu melanggar belakang sebuah treler di hadapannya, sebelum dirempuh sebuah lagi bas rombongan.




No comments:
Post a Comment