Thursday, April 5, 2012

Awas Game Mempersenda ISLAM







Perkara ini adalah satu isu lama tetapi amat baik jika kita saling mengingatkan semula antara satu sama lain. Isu melibatkan agama sememangnya amat sensatif untuk diperkatakan. Apapun untuk perkara yang terang lagi bersuluh sengaja diada-adakan, ia sememangnya tak patut jika dibiarkan. Video ini akan memberitahu anda game-game yang sedikit-sebanyak cuba menyelitkan penghinaan terhadap agama Islam dan selalunya, tidak kita perasan kerana kurangnya pengetahuan tentang agama Islam itu sendiri.


  • DEVIL MAY CRY 3
  • CLIVE BARKER UNDYING
  • ZACK AND WIKI
  • PRINCE OF PERCIA THE SAND OF TIME
  • GUITAR HERO 3
  • RESIDENT EVIL 4
Ada antara game ini berada di dalam simpanan anda? Jangan lupa perhatikan adik dan anak-anak anda agar tidak lagi memainkan permainan ini kerana secara kasarnya ianya tidak memberi impak tetapi hakikatnya, penghinaan disalurkan dengan amat halus sekali. Jika terang-terangan, tentulah awal-awal dah kantoi kan? Jadi, berhati-hati dalam berhibur.
sumber

No comments: