Monday, January 7, 2013

Kisah Bekas Pembuat Tattoo Yakuza Kini Jadi Imam



Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.
Diterjemahkan dari sumber islampos

Thursday, January 3, 2013

pengasas majalah playboy kahwin lagi



PENGASAS majalah porno Playboy, Hugh Hefner, 86, secara rasminya telah berkahwin dengan Crystal Harris, 26, pada Selasa lalu.
Ternyata jarak usia 60 tahun tidak menghalang pasangan itu untuk mengecap kebahagiaan bagi mendirikan rumah tangga bersama.
Menurut laporan Telegraph, majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di rumah agam Playboy, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.
"Mr. dan Mrs. Hugh Hefner mengucapkan selamat tahun baru," demikian tulis Hugh di Twitter miliknya.
Beberapa jam kemudian, Hugh sempat memuat naik foto dia bersama isterinya yang secocok dengan pakaian pengantin mereka.
Pasangan itu sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pada tahun lalu, namun Crystal telah meminta perkahwinan itu ditunda.

Orang Melayu menjadi pelakon popular HONG KONG



Kepada peminat dunia perfileman Hong Kong, nama Ariff Rahman pastinya bukan asing.

Namun, kepada yang tidak berapa terdedah kepada filem-filem wilayah pentadbiran khas itu, melihat nama Ariff Rahman buat pertama kali, pasti akan terdetik soalan, siapa dia ni?

Terus terang penulis cakap, kali pertama penulis nampak nama dia di papan iklan filem Cold War yang sedang ditayangkan di pawagam, penulis ingat apakah Ariff pelakon keturunan Cina dari Indonesia yang berlakon di Hong Kong.
Di Indonesia, adalah menjadi amalan rakyat keturunan Cina menggunakan nama-nama Indonesia dan Islam.

Dan tentu penulis amat jarang menonton filem Hong Kong.

Sebenarnya bukan.

Ariff Rahman asalnya adalah penyanyi dan penulis lirik yang memulakan kerjaya lakonan dalam filem Echoes.

Filem terhebat setakat yang penulis faham melalui beberapa pembacaan di internet adalah Bruce Lee, My Brother.

Dia dipilih Pengarah Raymond Yip kerana dikatakan mempunyai wajah yang sesuai dengan watak Bruce Lee. Pemilihan wajah yang sesuai merupakan cabaran terbesar dalam pembikinan filem Bruce Lee, My Brother.

Serba sedikit lain yang penulis tahu, bapa Ariff berdarah Melayu (katanya Arab juga) dan Ariff adalah anak bongsu dari tiga beradik serta dilahirkan di Hong Kong.

Bapanya memiliki syarikat pembersihan dan mereka sekeluarga menetap di kawasan dinamakan Sai Kung.

Ariff membesar di Hong Kong dan belajar di sekolah King George V (KGV) di mana dia dilantik sebagai Ketua Pengawas antara tahun 2004 hingga 2005.

Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke Imperial College (London) untuk belajar bidang fizik selama tiga tahun.

Ariff sebenarnya telah ditawarkan menjadi artis sebaik habis sekolah menengah tetapi memilih untuk melanjutkan pelajaran terlebih dahulu sebelum melancarkan album bertajuk Starting Today pada November 2009.

Bukan sahaja kacak, tetapi terbukti seorang yang bijak