Tuesday, October 9, 2012

Kereta Kabel 2 Tingkat Pertama Di Switzerland



Menakjubkan! Kereta Kabel 2 Tingkat Pertama Di Switzerland (7 Foto) | Jika anda pernah berkunjung ke Langkawi, sudah tentu tidak pernah melepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel. Di Switzerland pula, mereka telah memperkenalkan kereta kabel 2 tingkat pertama di dunia di daerah Lucerne. Kereta kabel yang dikenali sebagai The Cabrio yang dibuka di kawasan gunung Stanserhorn itu mempunyai kabel perjalanan sepanjang 1.9km. Ia dapat dinaiki oleh 60 orang penumpang dalam satu masa, dengan 30 orang penumpang di bahagian open air.


Sunday, October 7, 2012

5 manusia paling GENIUS di dunia



Manusia Paling Genius Di Dunia - Berikut merupakan 5 manusia paling genius di dunia pada masa sekarang..
5. Marco Calasa
5 Manusia Paling Genius Di Dunia
Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7.
4. Terence Tao
5 Manusia Paling Genius Di Dunia
Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun.
3. Alia Sabur
5 Manusia Paling Genius Di Dunia
Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.
2. March Boedihardjo
5 Manusia Paling Genius Di Dunia
Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun ,sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut.
1. Ainan Cawley
5 Manusia Paling Genius Di Dunia
Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.

Wednesday, October 3, 2012

info mengenai G-SHOCK



Semasa kami masih bersekolah dahulu jam tangan yang paling legendary ialahCasio G-Shock. Semua orang yang merasakan diri mereka cool beans akan memakai jam tangan tahan lasak ini ke sekolah. Jam tangan ini sangatlah tahan lasak sehingga ada student yang menggunakannya untuk menjadi buku lima bila bergaduh diluar sekolah. Tidak seperti belat buckle besi besar gedabak, G-Shock tidak pernah diharamkan dan ianya menjadi senjata impromptu kegemaran budak pailang. Heh.. Pailang...... I haven't used that word since I was 15.





Tahukah anda jam tangan ini mula dijual pada tahun 1983. Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 dan semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.



























Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe. Menurut Kikuo G-Shock tercipta kerana beliau bosan dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan jam yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough". 



Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.

Penyelesaian terhadap masalah bagaimana menghasilkan jam tangan yang tahan lasak akhirnya dijumpai secara tidak sengaja. Beliau mendapat ilham apabila melihat bagaiman bebola getah mengajal selepas terjatuh. Prototaip dihasilkan dan ianya mampu memenuhi keperluan TRIPLE TENyang dikehendakki Kikuo Ibe dan pasukan Project Tough. Apakah itu Triple Ten?

1. Tahan jatuh dari 10 meter
2. Tahan tekanan air sehingga 10 bar
3. Bateri yang tahan sehingga 10 tahun

Jualan G-Shock benar-benar melonjak pada dekad 90-an apabila remaja memerlukan jam yang sesuai dengan kegilaan mereka dalam aktiviti sukan lasak. Menurut Kikuo Ibe, pihak Casio langsung tidak menyangka G-Shock boleh menjadi popular kerana ianya sebenarnya dijual dan dihasilkan untuk sektor pembinaan bukan untuk pasaran remaja. Bagi memenuhi keperluan peminat G-Shcok dari golongan wanita pula Casio mengeluarkan Baby-G pada tahun 1991



















G-Shock menjadi semakin lagendary pada tahun 1993. Pada tahun ini berlaku Battle of Mogadishu di Somalia. Insiden ini juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down. Pasukan elitDelta Force menggunakan G-Shock sebagai jam pilihan ketika melakukan operasi dan pada hari berdarah ini G-Shock yang dipakai askar-askar elit ini mampu berfungsi walaupun in battle condition. Sejak dari hari itu anggota tentera dari cabang bukan elit pun mula menggunakan G-Shock kerana ianya satu-satunya jam yang boleh dikatakan battle proven.

Dr Rozmey Digantung Keanggotaan MMC



KUALA LUMPUR – Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.
Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.
Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.
Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun). -BERNAMA

gambar liyana jasmay bersama tunang