Monday, September 24, 2012

gambar awek tentera yang cun


berikut adalah gambar tentera wanita yang hot, cantik,cute,seksi dari seluruh dunia.

cute girl soldier
tentera dari Belgium


cute girl soldier
dari Brazil


cute girl soldier
Canada

7 keajaiban di malaysia




Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’. Sebenarnya artikel ini tidak merujuk mana-mana pengiktirafan, akan tetapi ia adalah antara binaan yang luar biasa terdapat di Malaysia. Selain itu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan


1.Menara berkembar Petronas (KLCC)
Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.



2.Putrajaya

Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.



3.Menara Kuala Lumpur

Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.



4.KLIA
Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.



5.Menara Condong Teluk Intan
Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.



6.Jambatan Pulau Pinang
Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.



7.Bangunan Sultan Abdul Samad

Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.


hasil dari angkasa oleh seorang remaja


Seorang remaja bernama Adam Cudworth, 19, berjaya mengapungkan sebuah kamera terpakai berharga $ 50 yang dia beli di eBay ke angkasa untuk menangkap imej menakjubkan seolah-olah itu imej terbaru yang diambil oleh satelit NASA. Ketika NASA membelanjakan beratus-ratus juta pound setiap tahun untuk satelit berteknologi tinggi, Adam yang mempunyai latar belakang Fizik A-Level, menggenggam pencapaian yang luar biasa itu pada nilai $ 324.


Pelajar itu menghabiskan masa 40 jam bekerja pada peranti buatan sendiri yang terdiri daripada kotak yang mengandungi GPS, radio dan mikropemproses yang dapat melonjak ke ketinggian yang luar biasa daripada 110.210 kaki (33,592 m) apabila ia dilepaskan Khamis lepas.

Selepas mengambil masa selama dua jam setengah untuk terapung lebih 20 kilometer sehingga ke dalam stratosfera bumi, alat peranti miliknya itu berjaya menangkap imej yang memberi pemandangan indah planet kita dari angkasa.

Adam menggunakan GPS tracker serupa dengan kereta untuk mengikuti perkembangan dan pemancar radio yang dilampirkan untuk mencari apabila ia jatuh kembali ke bumi setelah mencapai kelajuan lebih 150mph. Remaja dari Ombersley, Worcs itu berkata: "Ia hanya hobi pada mulanya, saya hanya mahu untuk mencabar diri sendiri tetapi kemudian saya kagum dengan hasilnya".

mereka asalnya bodoh


Semua orang mahukan kejayaan. Siape kate orang bodoh x boleh berjaya ? Orang yang benar benar bodoh sahaja yang tidak mahukan kejayaan dalam hidup.

Siapa kata tak berjaya dalam akademik menyebabkan anda tidak boleh berjaya di dalam kehidupan ? 

Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang anak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran. 
 
 Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal. Gagal dalam bisnes pada tahun 1831. 
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.
 
 Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy. 
Adam Khoo

Dia rakyat Singapura. Waktu kecil, dia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Seharian dia boleh duduk di depan TV. Baik main PS atau permainan yang lainnya. 

Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , dia dikeluarkan dari sekolah. Pernah dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika akan masuk Sekolah Menengah, dia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, dia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru kerana cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan. 

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta. 


Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam. 
 
 Aristotle Onassis

Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata: 

'rakan-rakan sekelas memuji dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.' 

Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.

Sunday, September 23, 2012

kubur bercahaya hingga ke langit



Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua,

Friday, September 21, 2012

diana amir sah sudah bertunang




Diana Amir Sah Bertunang, Dengan Ustaz
Kalau sudah namanya selebriti, perkara baik sebegini walau pun tidak mahu di’hebahkan pasti akan sampai juga ke telinga peminat dan terima kasih buat Galaksi.
Dalam program hiburan di TV9 itu, Diana Amir hari ini telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.
Melalui laporan eksklusif Galaksi, terpapar gambar Diana Amir & tunang beliau seorang ustaz yang pada kami cukup tampan sedang memotong kek bersama. Ah romantis.
Namun laporan tidak menyebut nama tunang Diana Amir mahu pun tempoh pertunangan mereka sebelum pasangan ini bakal di’satukan dengan ikatan perkahwinan sah.
Diana Amir turut memberitahu yang majlis tunang ini sengaja beliau senyapkan & akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti.
Tahniah buat Diana Amir & pasangan. Semoga jejaka tampan ini merupakan imam yang di’cari Diana Amir selama ini. Kahwin, sila jemput kami di’sini. Heh.

Wednesday, September 19, 2012

Ustaz Don: 'Syurga isteri saya, syurgalah untuk saya'




Muka depan Majalah Mingguan Wanita
KIRA-kira setahun lalu, pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid, 28 telah dipertemukan dengan seorang pelajar jurusan perubatan Universiti Kaherah, Mesir.

Gadis bernama Husna Mohd Zahry, 24 ternyata telah menawan hati ustaz yang begitu tinggi keperibadiannya. Bertitik tolak daripada itulah, kedua-dua belah keluarga telah mengikat kata sepakat untuk menyatukan mereka dalam ikatan pertunangan.

Tertib pertunangan dipelihara dengan sebaiknya sehingga tidak ramai yang menyedari akan berita pertunangan Ustaz Don yang memang cukup terkenal ini.

Dalam pada itu, rutin harian sebagai pendakwah diteruskan seperti biasa malah dilaksanakan oleh ustaz yang penuh kerendahan hati dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan tunangannya tetap meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh khusyuk.

Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H selepas Asar dalam suasana serba sederhana di kelilingi ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin, Ustaz Don akhirnya dinikahkan dengan tunangannya.

Majlis pernikahan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh bapa pengantin perempuan, Haji Sr Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman di hadapan jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya Balik Pulau, Ustaz Tuan Haji Saat.

Enggan dedah kisah pertemuan

Ternyata Ustaz Don lebih senang tidak mendedahkan kisah cinta mereka kepada umum. Malah ketika ditanya tentang pertemuan mereka, dirinya memaklumkan biarlah kisah mereka berdua menjadi rahsia antara mereka.

“Perjumpaan, biarlah rahsia. Ia berlaku lebih daripada setahun,” tutur Ustaz Don ringkas.

Sungguhpun demikian, dia sudi berkongsi kegembiraannya dengan para hadirin yang bertandang ke majlis pernikahan dan resepsi pengantin perempuan di Dewan PKK Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 1 September yang lalu.

“Perasaan saya ketika ini, seronok. Alhamdulillah. Cuma kenduri ini diadakan selepas akad seminggu yang lalu. Secara jujurnya, sepanjang seminggu ini perasaan takut itu masih ada dalam diri saya.

“Saya sentiasa mendoakan agar perasaan takut itu sentiasa kekal di dalam diri saya kerana saya tahu saya sudah mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Yang mana, syurga isteri saya, syurgalah untuk saya,” tutur pensyarah KUIS ini ketika ditemui di majlis resepsinya.

Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, beriman dan bertakwa Ustaz Don sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan mendalami kitab-kitab agama yang berkaitan.

“Perkara pertama yang perlu ada dalam perancangan untuk diri saya sendiri dan keluarga saya adalah kami perlu mendalami banyak lagi kitab-kitab. Saya mahu supaya pada masa hadapan saya akan lebih mendalami bidang agama.

“Tambah pula, selepas saya berada dalam dunia ini iaitu di alam perkahwinan, barulah saya nampak aspek mana yang sepatutnya saya perlu beri perhatian,” sambung Ustaz Don yang bakal menunaikan haji pada bulan Oktober nanti manakala isterinya pula akan terus menyambung pengajian di Mesir.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengakui bahawa cabaran rumah tangga yang bakal dialami adalah sama sebagaimana cabaran perkahwinan yang akan dialami oleh pasangan yang lain.

Husna mahu selalu di samping suami

Menjadi isteri individu terkenal pastilah sedikit sebanyak akan membuatkan isterinya turut terkena tempiasnya. Ketika ditanya tentang reaksi Husna saat berhadapan situasi sebegitu, wanita pemalu ini jujur mengakui dirinya akan cuba menabahkan hati.

“Saya akan tabahkan hati dan dalam apa juga situasi saya akan selalu ada di samping suami saya,” tuturnya lembut.

Barangkali tidak biasa dengan situasi temu ramah yang melibatkan wartawan dan jurugambar, Husna kelu bila ditanya tentang sifat istimewa suaminya.

Sebaliknya dia  hanya melemparkan senyuman sebelum ditenangkan oleh suaminya sambil memaklumkan, isterinya itu malu dan tidak biasa dengan situasi sebegitu.

 “Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah,” balas Ustaz Don saat menerangkan pertanyaan mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada isterinya itu.

“Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” sambungnya ketika ditanya soal cahaya mata.

Pada hari itu juga, Ustaz Don dan isterinya Husna sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan kegembiraan bersama dengannya.

“Cuma satu pesanan saya, tolong doakan kami, kerana boleh jadi doa salah seorang daripada kita akan dimakbulkan Allah. Saya sendiri tidak tahu sama ada doa saya atau siapa akan dimakbulkan. Jadi, hantarlah doa kepada kami dan sekalian kaum muslimin yang ada. Insya-Allah, mudah-mudahan zuriat orang Islam akan semakin bertambah dalam keadaan bertakwa kepada Allah S.W.T,” ucapnya penuh kerendahan hati.

Polis Melaka tahan 16 pengunjung pusat karaoke, rampas dua dulang dadah




MELAKA - Polis Melaka menahan sembilan lelaki dan tujuh wanita serta merampas dadah ketamin dan ganja dalam serbuan di dua pusat karaoke di Jalan Melaka Raya di sini, awal pagi tadi.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Supt Md Azmi Othman berkata kesemua mereka yang ditahan dalam operasi selama lebih dua jam bermula pada 2 pagi itu termasuk enam wanita warganegara China berusia antara 30 hingga 50 tahun.
   
Beliau berkata dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita warga China di dalam sebuah bilik karaoke selepas positif dadah jenis amphetamine dan ketamin.
   
"Polis turut menemui satu dulang dadah jenis ketamin dan satu paket plastik berisi dadah jenis sama di atas meja di bilik tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
   
Sementara dalam serbuan kedua, polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita tempatan serta empat wanita warga China di sebuah lagi pusat karaoke berhampiran.
   
Md Azmi berkata pihaknya turut merampas satu dulang plastik dadah dipercayai ketamin serta satu bungkusan berisi bahan tumbuhan kering disyaki ganja di pusat karaoke berkenaan. - Bernama

Wednesday, September 5, 2012

Fenomena Gangnam Style menular Seluruh Dunia




Namanya tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. Hanya kerana sebuah klip video yang dia muat turun di laman YouTube, siapa sangka video itu mengubah hidup Psy kepada seorang superstar.

Jika di Korea Selatan, kehadirannya di persada seni bagaikan tidak ‘bernyawa’ lantaran fizikalnya yang tidak kacak, berbadan gempal dan hanya jadi bahan gurauan, berlainan pula pandangannya di sebelah Barat. 

Bagaikan ‘virus’ muzik 2012, lagu Gangnam Style kini menular di mana-mana sehinggakan dalam masa beberapa hari saja, jumlah tontonan video lagu berkenaan di YouTube mendadak sehingga lebih 70 juta. 
  

Kini seluruh dunia menyanjung keberaniannya tampil dengan satu lagu yang benar-benar menepati citarasa kanak-kanak sehingga warga tua. Buktinya, pelbagai versi lagu berkenaan dimuat turun dan boleh ditonton di YouTube gara-gara popularitinya. 

Mendengar liriknya, tidak semua akan bersetuju dengan kehebatan lagu berkenaan kerana hampir semuanya menggunakan bahasa Korea. Tetapi, apabila menghayati melodinya, siapa saja pasti bersetuju lagu berkenaan ada ‘kuasa’ tersendiri dan membuatkan sesiapa boleh bergoyang. 

Cuba senaraikan artis K-Pop yang pernah menerima pujian serta reaksi hebat daripada bintang ternama termasuklah Katy Perry, T-Pain, Robbie Williams, Josh Groban dan Nelly Furtado? Bukan mudah untuk mereka ekspresikan kekaguman mereka, tetapi itulah yang diterima Psy, mereka menyukai lagu berkenaan. 

Disingkatkan daripada perkataan Psycho, Psy atau nama penuhnya, Jae-Sang Park, 34, ternyata masih tidak percaya yang itu semua berlaku kepadanya sekarang. 


“Selama 12 tahun saya berkecimpung dalam arena muzik Korea dan membuat pelbagai tarian ‘bodoh’, namun peminat tidak sekalipun berpaling kepada saya kerana secara visual, saya memang kalah dengan selebriti kacak lain yang ada. 

“Saya cuma dikenali di sana kerana saya tidak terlalu mencuba, tidak dipromosikan malah tidak pernah terfikir pun hendak tembus ke luar negara. Semua yang berlaku sekarang pun hanya gara-gara YouTube mahupun twitter dan inilah dia pembuka periuk nasi sebenar saya. 

“Tatkala perasan beberapa ‘superstar tweet’ mengenai saya, saya hanya anggap itu jenaka dan tidak pernah berlaku pun. Memang tidak pernah terbayang pun bukan kerana mereka nama besar di dunia, tetapi inilah impian semua orang untuk memijak pasaran terbesar muzik di dunia dengan menempa nama di Amerika Syarikat (AS). 

“Sebaik menyedari ini memang realiti yang sedang berlaku, inilah perasaan paling indah dalam hidup ini,” katanya. 

Mereka sepenuhnya koreografi dalam klip berkenaan, tidak hairanlah jika ia mampu memukau perhatian penonton kerana elemennya cukup lengkap dengan lawak, tarian pelik, warna-warni selain nyanyian serta ‘rapping’ yang ditonjolkan. Paling mencuit hati apabila gerak tari seolah-olah menunggang kuda menjadi koreografi utama dalam klip berkenaan. 


Sehingga ke saat ini, lagu yang dimuatkan dalam album keenamnya berjudul PSY 6 itu sudah menduduki tangga pertama carta muzik video iTunes. Sudah mengadakan pertemuan dengan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun minggu lalu, Psy bagaimanapun mengunci mulutnya daripada mendedahkan isi kandungan pertemuan itu. 

Meraih kejayaan tepat pada masanya di kala muzik K-Pop semakin mendapat tempat 
di AS, jejaka itu yang ternyata tidak bernasib baik kerana gagal meraih ramai peminat di Korea mengakui tidak kisah dengan perkara itu. 

“Sudah menjadi ketetapan untuk mereka yang berbadan kurus, berotot, kacak, comel, tinggi dan semua ciri lain yang tidak ada pada saya diagungkan di Korea. Saya pula jenis yang suka menganggap membuat perkara tidak betul adalah semuanya betul saja untuk saya. 

“Itulah dia yang saya lalui dan perjuangkan selama ini dan dari segi visual, muzikal serta apa-apalah, memang tidak bersesuaian di sana. Pendek kata, saya tidak mencapai tahap yang mereka mahukan. 


“Memanglah perkara itu menunjukkan keunikan diri saya tetapi pada masa sama, ia boleh jadi negatif juga. Sejak kecil lagi, saya suka berada di depan orang ramai walaupun saya bukan bagus pun menyanyi. Jadi, apabila saya mula kenal penyanyi rap, saya terfikir, nyanyian sebegitu pun boleh jadi muzik?” katanya. 

Dilahirkan di Korea, Psy mendapat pendidikannya di Boston University and Berklee College of Music. Dia mula melancarkan album pertamanya iaitu PSY from the PSYcho World! pada 2001 dan muziknya banyak dipengaruhi artis seperti Eminem, 2 Pac, Jay-Z dan Dr. Dre.