Saturday, June 30, 2012

Mahkamah AS larang jualan Galaxy Nexus




Galaxy Nexus

SAN JOSE, California - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan permohonan Apple agar penjualan telefon pintar Galaxy Nexus dilarang dijual di negara itu - perkembangan terbaru kira-kira seminggu selepas larangan yang sama dikenakan ke atas Galaxy Tab 10.1.

Perintah itu kemenangan kedua kepada pengeluar iPhone itu, yang membawa kes terhadap Samsung.

Apple dan Samsung, pengeluar produk elektronik terbesar dunia, terlibat dalam perang pertikaian perundangan di beberapa negara, masing-masing mendakwa telah melanggar aspek paten.

Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh mengenakan larangan jualan Galaxy Tab 10.1, komputer tablet yang berfungsi atas platform Android dan menjadi pesaing kepada iPad.

Thursday, June 28, 2012

Teknik mengikat tali kasut



5 manusia paling di benci


Berikut merupakan antara manusia yang paling dibenci sepanjang. Kebanyakan sebab mereka ini dibenci adalah kaitan dengan jenayah perang! Mari kita tengok kenapa mereka sangat dibenci oleh manusia..



5 Manusia yang Paling Dibenci Dalam Sejarah


1. Saloth Sar a.k.a Pol Pot




Saloth Sar a.k.a Pol Pot dan Khmer Merah parti politiknya yang memerintah Kemboja selama empat tahun (1975-1979), tetapi orang-orang Kemboja tidak memiliki kenangan yang baik dari pemerintahannya, mereka mengingati Pol Pot sebagai penguasa yang sadis dan kejam. selama pemerintahannya sekitar 2 juta rakyat Kamboja mati dalam kelaparan, penafian politik, kerja paksa dll. Kekuasaan Pol pot berakhir setelah campur tangan oleh negara jiran, Vietnam pada tahun 1979, pembunuhan massal selama pemerintahan Pol pot itu yang biasanya disebut sebagai Genosida Kamboja.





2. Adolf Hitler










Adolf Hitler (20 April 1889) adalah diktator Jerman yang terkenal, dianggap bertanggung jawab terhadap Holocaust, Adolf Hitler memerintah Jerman 1934-1945 sebagai penguasa mutlak. Adolf Hitler menjadi presiden Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman pada tahun 1932. Antara 1939 dan 1945, kekuasaan Hitler telah mengorbankan lebih dari 14 juta orang, termasuk enam juta orang Yahudi, orang-orang tewas di kem-kem penyiksaan, ghetto dan eksekusi massal, selain cara yang disebutkan di atas, banyak orang mati kelaparan dan penyakit; Kekuasaan Hitler berakhir tepat setelah perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941, ketika pasukannya kalah perang dari Rusia; Hitler meninggal pada 30 April, 1945 setelah melakukan bunuh diri.





3. George W Bush




George W Bush (lahir 6 Julai 1946) dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat 2001-2008, George Bush adalah salah satu presiden Amerika paling kontroversi dan dibenci, ia terpilih sebagai Presiden dalam pilihanraya yang sangat kontroversi pada tahun 2001 dan dia juga bertanggungjawab memulai perang terhadap pengganas yang terkenal pada tahun 2001.



Menurut para ilmuan, dunia dan khususnya dunia Islam membenci Bush, kerana campur tangan terhadap negara-negara asing. Dunia sedang menghadapi kekacauan dan kehancuran; Menurut survei, rakyat Amerika juga tidak begitu senang dengan dia, hal ini karena pengeluaran tentera yang banyak dan pembaziran dana dalam perang melawan pengganas, sampai ketika ini Amerika Syarikat telah menghabiskan $ 704 000 000 000 hanya di Iraq, selain itu, lebih dari 5000 tentera dan ribuan rakyat awam mati dalam perang yang tidak popular.





4. Ariel Sharon



Ariel Sharon (lahir 1928) memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-11 Israel dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, ia juga dilantik sebagai Jeneral di Angkatan Darat Israel dari tahun 1940-an sampai awal 1970-an, dia menyertai dalam Perang Kemerdekaan 1948, 1956 Suez War, Perang 6 Hari tahun 1967, dan Perang Yom Kippur-1973. Setelah pencen dari tentara, Sharon bergabung dengan Parti Likud sayap kanan, dia sangat menyokong pembangunan daerah Israel agar dibenarkan di tebing Barat dan Jalur Gaza pada tahun 1970, 1980 dan 1990-an.



Pada tahun 1983, sebuah surhanjaya dibentuk oleh Pemerintah Israel untuk menyelidiki insiden berkait dengan perang Lebanon 1982, yang akhirnya bahawa Ariel Sharon secara tidak langsung bertanggung jawab atas pembunuhan rakyat awam di Sabra dan Shatila, ketika ia menteri pertahanan Israel.






5. Joseph Stalin





Pada tahun 1924, setelah kematian Lenin, Joseph Stalin menjadi pemimpin Soviet Union, dianggarkan lebih dari 60 juta orang meninggal di bawah pemerintahan diktator ini, ia juga dianggap bertanggung jawab atas kelaparan Soviet 1932-1933.



Menurut catatan rasmi Rusia, Stalin mengupah sekitar 800 000 orang untuk kejahatan politik dan jenayah.



Selama tahun 1932-1933, akibat projek pertanian Stalin gagal, Rusia dan terutama Ukrain menghadapi salah satu kelaparan terburuk dalam sejarah Soviet, diyakini bahwa 6 hingga 8 juta orang meninggal dalam bencana kelaparan ini, di Ukrain kelaparan ini dikenali sebagai Holodomor.

Wednesday, June 27, 2012

10 Golongan Manusia Masuk Syurga Tanpa Hisab




Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.

Tuesday, June 26, 2012

Janin disangka biji nangka



KEPALA BATAS – Kira-kira 30 peserta Kursus Program Kraf Kreatif di Dewan Nur Parlimen Kepala Batas, Bertam di sini pagi semalam gempar berikutan penemuan satu janin di tepi tong sampah.
Janin belum sempurna sifat tetapi mempunyai bentuk seakan-akan bayi itu dipercayai berusia lebih kurang dua bulan, dikesan baru dibuang di hadapan bangunan berkenaan.
Sewaktu ditemui janin tersebut masih mempunyai kesan darah beku tidak dibungkus atau dibalut sebaliknya tanpa sebarang alas di atas jalan oleh seorang peserta program yang tiba awal sebelum memaklumkan kepada rakannya.
Salmiah Salleh, 58, yang menemui janin berkenaan berkata, sebaik sampai di hadapan dewan itu sekitar jam 9 pagi semalam, dia meletakkan motosikalnya bersebelahan tong sampah.
“Saya terkejut lihat objek seakan biji nangka berwarna kekuningan berada di tempat parkir motosikal.
“Saya mendekatinya dan terkejut mendapatinya ialah janin yang masih mempunyai kesan darah tetapi sudah beku,” katanya.
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepada pencuci kebersihan di bangunan itu dan peserta lain yang tiba kemudian mengesahkannya sebagai janin.
Salmiah melaporkan penemuan itu kepada anggota polis di Balai Polis Bertam yang terletak bersebelahan dewan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi mengesahkan penemuan janin berkenaan.
“Sebaik terima laporan Salmiah, anggota bertugas di balai berkenaan melakukan siasatan dan mengesahkan objek ditemui itu janin.
“Ia dihantar ke Hospital Kepala Batas dan kini berada di Unit Forensik,manakala kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan pelakunya sedang dijejaki,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Hospital Kepala Batas, Dr Norsidah Ismail yang dihubungi mengesahkan objek ditemui berkenaan adalah janin.
Menurutnya, pihaknya hanya menyimpan janin berkenaan atas arahan pihak polis bagi melengkapkan siasatan.

Thursday, June 21, 2012

12 Gambar Shca Dan Awal Bulan Madu Di New York












Wednesday, June 20, 2012

Koleksi awek yang memiliki lidah terpanjang










Isu Tatu "Ustaz Puji Taubat Awi Rafael"



Awi Rafael
PETALING JAYA: Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.
Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.
"Bukan mudah untuk seseorang yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat.
"Malah sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya itu.
"Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya,” kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.
Ustaz Zahazan
Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.
Beliau yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan.
Bagaimanapun jika ia boleh memudaratkan pada diri dan nyawa, maka perbuatan itu boleh dimaafkan.
"Saya berharap apa yang didedahkan Awi dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis-artis tempatan yang lain.
"Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing," tegasnya.
Pada Jumaat lalu, Awi melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya.
Bagaimanapun penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.
"Alhamdulillah, sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama.
"Sebab itu saya pulang ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal," katanya dalam entri Facebook miliknya pada 15 Jun lalu.
Awi turut menjelaskan dia membuat kenyataan itu kerana enggan digelar hipokrit, sebaliknya ingin menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar tidak dicontohi oleh peminat-peminatnya.

Tuesday, June 19, 2012

Polis rampas komputer riba, telefon bimbit Nizar


Mesej Twitter Nizar



SHAH ALAM - Dua barang peribadi berupa telefon bimbit dan komputer riba bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas oleh polis Johor, semalam.

Dalam mesej Twitternya pagi tadi, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, memaklumkan telefon bimbit dan komputer ribanya diambil polis Johor ketika serbuan dibuat di tiga pejabat operasinya dan kediamannya di Sungai Rokam, Ipoh.

Dalam mesej yang dipaparkan kira-kira jam 11.46 pagi itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut memaklumkan bahawa dua pejabat khidmatnya masing-masing di Bukit Gantang dan Manjong diserbu.

“Ibu Pejabat Pas Perak dan rumah saya (juga) diserbu polis dari Johor, H/P (telefon bimbit) dan notebook (komputer riba) diambil,” katanya.

Semalam, tiga pejabat operasi Mohammad Nizar masing-masing di Pejabat Pas Negeri di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Manjung digeledah sepasukan polis dari Johor yang menjalankan operasi secara serentak.

Turut menerima situasi sama, kediaman Adun Pasir Panjang itu di Sungai Rokam.

Sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.

Kuasa Allah... pantai yang tiada laut




Sebuah pantai pasti nyer memiliki hamparan laut yang luas. Biasanya, orang datang ke pantai untuk bermain air dan menikmati ombak. Tapi ada pantai berbeza dari lain-lain pantai di dunia ini dimana terdapat satu pantai yang berada di salah satu bandar kecil di Sepanyol.

Pantai ini diberi nama Playa de Gulpiyuri atau sering juga disebut Pantai Gulpiyuri. Pantai ini terletak di sebuah pantai kecil dekat dengan pinggir pantai sebelah utara Sepanyol, dekat dengan Llames.

Sebenarnya pantai ini hanya berjarak 100 meter dari laut, tapi dihalang oleh bukit dengan gua-gua di bawahnya sehingga air dari Bay of Biscay atau pantai Biscay masih dapat masuk ke Pantai Gulpiyuri ini.

 
 
 
 
 

Pejabat Nizar Di Geledah Polis Johor



Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin




Pejabat Pas Negeri di Medan Istana antara yang digeledah.


IPOH – Tiga pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor, semalam.

Sinar Harian dimaklumkan, operasi yang bermula kirakira jam 11.30 pagi itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, di sini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.
Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam di sini, bagaimanapun tiada sebarang serbuan dilakukan berikutan ketiadaan Mohammad Nizar di rumah berkenaan.
Jurucakap Pas Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.

Bagaimanapun menurutnya, kehadiran pasukan itu yang menjalankan operasi secara serentak di empat kawasan berkenaan agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat.
“Sepanjang penyiasatan itu berlangsung, kita memberikan kerjasama yang baik, malah beberapa peguam kita turut serta dalam operasi berkenaan.

“Saya dimaklumkan, operasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, namun tidak dapat dipastikan sama ada bahan bukti yang dicari dijumpai atau tidak,” katanya yang memaklumkan, tiada sebarang soal siasat dijalankan membabitkan kakitangan di tiga pejabat operasi berkenaan.

Safarizal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan, semalam berkaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Menurutnya, apa juga keadaan yang berlaku sekarang, beliau berharap siasatan yang dilakukan itu berjalan dengan baik. “Meskipun didatangi secara mengejut, kita sudah berikan kerjasama, harap apa yang mereka lakukan hari ini (semalam) bukan bertujuan untuk memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Ketika serbuan dijalankan semalam, Mohammad Nizar masih berada di Parlimen dan hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.

Sementara itu, di Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sewaktu dihubungi enggan mengulas berhubung perkara tersebut

sinar harian

Thursday, June 14, 2012

Sultan Johor murka terhadap Nizar


NUSAJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim, hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi blog Twitter, baru-baru ini. 

Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga adalah satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?
"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini. 

Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan. 

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". 

"Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang sudah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja. 
"Pepatah Melayu sering mengingatkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'," titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi. 

Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan. 

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lalu. 

"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekali gus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini. 

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda. 

Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit. 

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara. 

"Ingatlah bahawa perpaduan adalah asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah 'musang yang berbulu ayam' ini," titah baginda. - BERNAMA

ibu Ayam Berusia 15 Tahun Ditangkap





Ottawa – Baru berusia 15 tahun namun dua remaja ini bukan sahaja menjadi jalang malah mampu menjadi ibu ayam dengan menjadikan gadis remaja lain sebagai pelacur.
Polis percaya remaja tersebut menjalankan sendiri rumah pelacuran berkenaan tanpa bantuan sesiapa pun.
Dalam kes yang mengejutkan masyarakat di situ, remaja tersebut berjaya memujuk gadis berusia 13 hingga 17 tahun untuk datang ke sebuah rumah di selatan Ottawa sebelum menculik mereka dan membawa remaja itu ke tempat lain.
Gadis-gadis yang diculik itu kemudiannya dipaksa menjadi pelacur.
Kegiatan itu dikesan berlaku pada penghujung bulan lalu serta awal bulan ini dan semua mangsa telah berjaya dikesan.
Dua gadis berkenaan bagaimanapun menerima padahnya apabila mereka ditangkap minggu lalu dan akan berdepan beberapa tuduhan termasuk menjalankan pelacuran, merompak, serangan seksual, ugutan dan penculikan.
Polis bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada suspek mengenali mangsa mereka, namun kebanyakannya dikenali melalui laman web sosial.
Sementara ibu kepada salah seorang suspek berkata, dia terkejut dengan tuduhan yang dikenakan ke atas anak perempuannya itu .
Sambil menafikannya, dia memaklumkan jika benar anaknya menculik gadis remaja lain untuk dijadikan pelacur, dia pasti akan tahu mengenainya.
Dalam pada itu, seorang wanita yang menetap di kejiranan melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu, dan menyifatkan rangkaian pelacuran itu sebagai sesuatu yang gila.
“Saya tidak dapat percaya bagaimana gadis semuda itu boleh bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan,’’ katanya.
Siasatan yang dijalankan pihak polis dijangka membawa kepada tangkapan pelanggan pelacur itu.

Wednesday, June 13, 2012

Rahsia Kejayaan Lin Dan






p/s :: agaknya kalau chong wei training macam ni boleh x?

Monday, June 11, 2012

beza laki dan perempuan sewaktu besiap pergi kerja