Saturday, March 31, 2012

7 Istana Sebagai Lambang 7 Cinta


7 Istana Cinta Termegah DI Dunia. Bangunan-bangunan megah yang dibangun ini merupakan ungkapan rasa "Cinta", dari kesedihan karena patah hati serta penyesalan. Berikut 7 Istana Megah Yang Dibangun Untuk Mengungkapkan Rasa Cinta: 



1. Boldt Castle On Heart Island, New York





Kastil ini dibangun oleh seorang yang bernama George Boldt sebagai ungkapan rasa cintanya kepada sang istri, Louise. Tepatnya pada hari Valentine 1905, George Boldt memberi istrinya 5 hektar dan membangunan kastil Boldt di sebuah pulau. 1 tahun sebelum Boldt Castle akan selesai, Louise, umur 41, meninggal. Karena patah hati, George Boldt menghentikan pembangunannya dan tidak pernah kembali ke pulau tersebut.




(Gambar) 10 Lokasi Pemandangan Palig menarik Di seluruh Dunia



Kalau anda punya penyakit takut akan ketinggian, sebaiknya anda tidak mengunjungi tempat-tempat ini.

Dachstein Sky Walk (Austria)

pemandangan

Disebut “Balkon pergunungan Alpina”, Dachstein Sky Walk berada pada ketinggian 2700 meter diatas permukaan laut dan di atas batuan vertikal Hunerkogel setinggi 250 m.

Pemandangan 360 darjah memperlihatkan pada para pengunjung pemandangan Slovenia di selatan Republik Czech di sebelah utara. Skywalk jauh lebih tinggi dari platform di air terjun Niagara ataupun yang berada di air terjun Iguazu, Brazil.

Friday, March 30, 2012

Koleksi Gambar Taman Atas Bagunan


Tanaman dan bunga ibarat aliran darah bagi bumi, menyediakan oksigen untuk manusia dan haiwan. Walaupun begitu tidak semua orang beruntung mempunyai ruang yang cukup untuk menwujudkan taman yang hijau, terutama penduduk di bandar. Tapi itu tidak menghalangi pereka bangunan dan perancang bandar untuk mencipta ruang hijau. Tidak ada tanah kosong, atap bangunan pun jadi.




1. Waldspirale





Waldspirale merupakan sebuah apartemen di Darmstadt, Jerman, dibina pada tahun 1990-an. Namanya bererti spiral berpokok,, mencerminkan plan dari bangunan itu dan juga mempunyai taman di atas atapnya. Arkiteknya ialah Heinz M. Springmann, bangunan ini selesai dibina pada tahun 2000.

Koleksi Bekas Teko Yang Comel Dan Menarik





Tuesday, March 27, 2012

Senarai Dan Info Mengenai Bagunan Pencakar Langit Di Dunia



BURJ KHALIFA
LOKASI : DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES
ARKITEK : ADRIAN SMITH, SKIDMORE OWINGS & MERRILL (SOM)
TAHUN : 2010
TINGGI : 828 METER / 2,717 KAKI
JUMLAH TINGKAT : 162 TINGKAT

Siapa Ustaz Azhar Idrus





Profil

Nama: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

Monday, March 26, 2012

Artis Hollywood Sebelum Dan Selepas Popular




Gambar Rozita Che Masa Remaja



siapa yang tak geram tengok rozita che wan? hahaha pujaan setiap penduduk malaysia tak kira tua atau kanan-kanak. jom kita tengok rupa rozita che wan masa muda...


 


Video Proses Penghasilan Sebiji Kereta Rolls Royce


Rolls Royce... sebuah jenama kereta mewah yang amat menakjubkan.
bernilai jutaan ringgit. tapi tahukan kita kenapa harganya terlalu mahal?
jom kita tengok video proses pembuatan sebuah rolls royce.

 

Street Advertising Yang Kreatif



Selain iklan di Bangunan dan Tv yang kreatif rupanya ada juga syarikat yang cuba memaparkan iklan di jalan raya..mari kita tengok jalan yang cukup kreatif ini..






Popovic disingkir, Mandjou kembali




popovic perak
PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) akan menghantar jawatankuasa pemilihan ke India hujung bulan ini bagi menilai prestasi bekas ayam tambatan mereka iaitu Keita Mandjou yang kini beraksi dengan Pune FC.

Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pemain kelahiran Guinea itu telah menghubungi salah seorang pegawai persatuan menyatakan kesudiannya untuk pulang semula menyertai Perak.

“Walaupun Mandjou masih mempunyai kontrak bersama Pune FC sehingga bulan Jun ini, tetapi beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia dan menyatakan Sukad Seladang menjadi pilihan utamanya.

“Tetapi apa pun keputusan akan bergantung kepada laporan pegawai teknikal yang ke India hujung bulan ini bagi menyaksikan perlawanan yang melibatkan Mandjou yang dijadual 1 April ini,” katanya kerana Mandjou sepatutnya menyertai empat pemain import lain berlatih dengan pasukan Perak bulan ini, tetapi tidak dapat hadir di saat akhir kerana terpaksa membuat persiapan untuk satu perlawanan penting yang lain.

Mandjou berusia 32 tahun mengikat perjanjian dengan pasukan Perak pada September 2004 dan meninggalkan pasukan pada 2007 disebabkan masalah keluarga.

Sementara itu, Zainol berkata, pemain import dari Serbia, Lazar Popovic akan digugurkan dari skuad Seladang selepas Pafa mendapatkan pemain import lain.

“Surat bagi menamatkan kontrak beliau sedang diuruskan dan jawatankuasa pengurusan sedang mencari pemain import baru bagi memenuhkan kuota yang dibenarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya

Koleksi Penyangkut Baju Yang Menarik




Sunday, March 25, 2012

Jambatan Menarik Seluruh Dunia



Golden Gate Bridge (San Francisco, United States)


Segelas Air Panas Berharga RM1.80




Segelas air panas RM1.80
CHUKAI – “Sebagai pelanggan saya rasa tertipu,” keluh pekerja swasta, Ishak Kamarudin, 42, yang kesal dengan harga RM1.80 bagi segelas air panas yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.

Ishak dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, dekat sini berkata, dia yang menjamu selera bersama isteri dan dua anak di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu terkejut apabila melihat caj yang dikenakan untuk air panas yang diminta berharga RM1.80.

Menurutnya, harga yang dikenakan itu tidak masuk akal dan seolah-olah mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

Malahan, katanya, harga air panas juga tidak dimasukkan di dalam menu menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga untuk minuman berkenaan.

Saturday, March 24, 2012

Hiasan Pada Pintu Lift Yang Awesome




















Koleksi Tisu Tandas Yang Menarik






Bayi Parah Dilenyek Kereta Ibu



Badan terlipat dua
JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.
Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.-hmetro

Gambar Bola Yang Digunakan Dalam Piala Dunia Pertama Hingga Kini



Gambar Transfomasi Pakaian Tentera Amerika Dahulu Hingga Kini


1. Revolusi Amerika (1770an)

Gambar Proses Ujian Ketahanan Handphone


Ujian ketahanan Air


Proses Penghasilan Beg Dari Kulit Ular


hah post ini untuk mereka yang sukakan barangan kulit. nak tahu kenapa barangan kulit tu mahal?
tengok la proses penghasilannya....



Kisah Jutawan Kurma Yusuf Taiyoob




Siapa tak kenal kurma yang paling popular di Malaysia berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Yusuf  Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Gambar Berus Gigi Pelik




Berus gigi adalah salah satu daripada perkara-perkara yang paling biasa dalam kehidupan kita, tidak kira ia adalah manual atau elektronik, ia penting untuk gigi kita . Untuk post kali ini,ada 8 berus gigi yang istimewa untuk setiap reka bentuk.Marilah kita tahu yang mana satu yang paling anda suka.

1.


Trafik Light Unik








Biasanya di Malaysia simbol traffic light yang kita nampak hanyalah bulat untuk kenderaan di jalan dan simbol orang sedang melintas.Simbol yang lain hanyalah di papan tanda jekan..Di negara luar,mereka menggunakan traffic light untuk menarik perhatian orang seperti gambar  :

Gambar Ini Boleh Menceritakan SegalaNya


Kita mungkin biasa nampak video sweet pertunangan antara si dia dan si dia..Lain pulak cerita dengan pasangan ini..

Jom layan tengok gambar diorang ni.. simple. sweet dan ada jalan ceritanya..

Hari-hari indahku bersamamu

Thursday, March 22, 2012

Design Duit Kertas Yang Menarik Seluruh Dunia



Design wang kertas juga mencerminkan bertapa bernilainya sehelai wang kertas itu. Biarpun dengan matawang yang rendah. Berikut adalah senarai duit kertas yang mempunyai design yang cantik dan menarik.  Syukur ada duit Malaysia termasuk juga di dalam senarai.
duit-kertas
A Costa Rican banknote for five colones. It shows Rafael Yglesia Castro, president of Costa Rica from 1894 to 1902 and a Guaria Morada orchid, Costa Rica’s national flower. The current series of banknotes is being replaced throughout 2010.
duit-kertas
A Canadian banknote for five dollars, depicting children playing ice hockey. The verse is from a Roch Carrier short story, and reads: “The winters of my childhood were long, long seasons. We lived in three places – the school, the church and the skating rink – but our real life was on the skating rink.”

kenapa Siti Nurhaliza Popular


kenapa Siti Nurhaliza popular? ini adalah sebabnya mengapa siti popular


patut la siti porpular macam the beatles

Michael Schumacher Menerima Hadiah Dari Putera Mahkota Dubai



Michael Schumacher merupakan salah seorang pemandu utama jentera terpantas didunia dalam perlumbaan Formula 1, ramai yang tahu akan kehebatannya. Schumi nama panggilan Michael Schumacher juga berasal dari jerman barat ini merupakan seorang yang merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk akan kekayaan yang dimiliki olehnya.
Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum putera mahkota Dubai telah menghadiahkan Schumi sebuah pulau yang terletak di kawasan lautan Artik. Dikatakan ianya hadiah termahal yang pernah diberi oleh putera mahkota Dubai.

Gambar Air Pancut Paling Cantik Seluruh Dunia



Air pancut paling cantik dari seluruh dunia yang diambil oleh jurugambar yang berbakat dari seluruh luar dunia. Terdapat 35 air pancut tercantik yang diiktirafkan oleh jurugambar profesional.
01. Bellagio Fountains, Las Vegas, Nevada
Oh!Air Pancut Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

Fesyen Rambut Yang Buat kita Tenganga





Uji Bakat Imam Muda 3 di YouTube



Imam muda
Perhatian dunia tertumpu di Malaysia sejak tiga tahun lalu selepas tercetusnya idea menerbitkan program Imam Muda bagi memartabatkan status imam.

Program ini memberi pendedahan kepada masyarakat tanggungjawab sebenar imam di zaman yang penuh cabaran ini. Sehubungan itu, Astro Oasis, sekali lagi mencuri perhatian golongan muda untuk turut serta dalam Uji bakat Imam Muda musim ketiga secara online, bermula 19 hingga 31 Mac ini.

Memasuki musim ketiga, Imam Muda masih dengan misinya mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai imam malah sebagai pemimpin dalam masyarakat.

Sejak dilancarkan tiga tahun lalu, program ini mencetuskan fenomena tersendiri melalui televisyen, liputan media tempatan dan antarabangsa serta jaringan sosial di Internet.

Wednesday, March 21, 2012

Lelaki Bosnia Sanggup Jalan Kaki Ke Makkah Untuk Menunaikan Haji





Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.

Kegunaan lain Laptop Selain Dari Online








Gambar Baby Yang Sangat Cool





Gambar Pertembungan yang Dasyat :P






Liyana Jasmay Nikah Selepas Pulang Dari AS



Liyana Jasmay bakal mengikat tali pertunangan dengan Fathuddin Mazlan pada 28 Mac ini.
PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).
Liyana, 24, berkata, dia akan berangkat ke negara itu pada Julai depan untuk mengikuti kursus di New York Film Academy dalam bidang pengarahan dan lakonan.
"Daripada awal perkenalan dengan Fathuddin saya telah melahirkan hasrat untuk mengikuti kursus tersebut kepadanya dan dia tidak membantah mengenai perkara itu kerana pemergian saya adalah untuk menimba ilmu.
"Kelas akan tamat pada awal Januari (2013) dan lepas itu akan terus kembali ke Malaysia untuk berkahwin," ujarnya kepada mStar Online.
Liyana ditemui semasa menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 3 Janji di Sri Pentas di sini pada Selasa.
Tambah Liyana, pemergiannya selama enam bulan ke New York turut ditemani oleh ibunya iaitu Habsah Simpon, 53, selepas ayahnya, Jasmay Md Shah, 57 tidak membenarkan dia tinggal bersendirian di AS.
"Pada awalnya saya nak ikuti kursus berkenaan di Australia sahaja kerana lebih dekat tetapi setelah disarankan oleh rakan-rakan pergi ke New York saya bertukar fikiran.
"Tambahan pula peralatan sepanjang proses pembelajaran itu nanti lebih canggih dan boleh digunakan oleh para peserta selain nama-nama besar dalam bidang pengarahan dan lakonan turut dijemput untuk memberikan ceramah kepada kami nanti," katanya.
Liyana memberitahu, dia teruja untuk ke negara itu kerana ingin menimba pengalaman di negara orang dan mempelajari cara mereka menghasilkan filem atau drama supaya dapat diguna pakai apabila kembali ke tanah air.
"Ini semua saya lakukan demi syarikat produksi saya iaitu Mermaids Studios kerana ingin lebih bersungguh-sungguh dalam menghasilkan produk yang baik untuk penonton.
"Malah saya sudah buat beberapa persediaan sebelum berangkat dan Insya-Allah krew produksi saya akan turut ke sana untuk menjalani tiga buah telefilem bagi mendapat senario berbeza di sana," katanya.
Dalam pada itu, Liyana yang bakal bertunang pada 28 Mac ini di rumahnya di Kemensah, Kuala Lumpur memberitahu akan menyelesaikan semua penggambaran yang masih tertangguh selain menyiapkan persiapan perkahwinannya sebelum ke AS.
Ujar Liyana, dia bertuah kerana dua kakaknya iaitu Faradilla Jasmay, 30, dan Adriana Jasmay, 28, yang sudah berkahwin akan membantunya dalam merealisasikan impiannya sebagai raja sehari.
"Sebelum berangkat saya akan selesai mengenai tempahan dewan, katering, baju dan sebagainya. Selebihnya akan diuruskan oleh dua orang kakak saya yang sudah berpengalaman dalam menguruskan kerja kahwin.
"Sejurus lepas balik nanti saya akan terus berkahwin. Bagaimanapun tarikh sebenar masih belum diputuskan,” katanya.
Sementara itu, Liyana berkata, dia mengambil keputusan untuk bertunang bukan kerana akan berangkat ke luar negara tetapi tertarik dengan keikhlasan hati budi bakal tunangnya yang disifatkan sebagai periang dan baik hati.
Tambah Liyana, usaha Fathuddin untuk mengenali kedua ibu bapanya paling menyentuh hati kerana dia begitu rapat dengan mereka.
"Saya sangat rapat dengan kedua ibu bapa saya dan apabila melihat usahanya untuk mengenali mereka sudah cukup menambat hati saya sebagai seorang wanita," ujarnya.
Liyana memberitahu, pengalaman berkawan dengan lelaki sebelum ini telah membuatkan dirinya serik untuk bercinta sebaliknya memilih untuk berbuat demikian dengan ikatan perkahwinan.
"Saya tidak percayakan pada percintaan lagi kerana itu semua palsu. Jika seseorang itu benar-benar ikhlas mencintai saya dia boleh terus masuk meminang dan itu yang telah dilakukan oleh bakal tunang saya," ujarnya.

Tuesday, March 20, 2012

Tiada Kesepakatan Punca Umat Islam Ditindas



RASULULLAH sudah buktikan hanya ketakwaan senjata paling berkesan pertahan agama dan tanah air. Perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang satu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi.

Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas.

Berita keganasan, pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini.



Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Surah al-Anfaal, ayat 73)Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah dan air mata tumpah membasahi bumi. Peristiwa ini sungguh mengguris jiwa umat Islam.

Hari ini, ramai pemimpin negara Islam lantang menyeru umat Islam bersatu bagi menyelamatkan negara daripada penjajahan. Namun, usaha merealisasikannya bukan saja kabur, malah tidak bersungguh-sungguh serta tidak jelas dari segi matlamat dan kaedah yang mesti dilaksanakan.

Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan pemimpin Islam sendiri.

Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam. Jika kita lihat ketika ini kesatuan Islam masih lemah dan keadaan menjadi lebih buruk apabila umat Islam mengalami masalah dalaman sesama sendiri di samping masalah luaran dengan negara Islam lain.
Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam.

Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat (keutamaan) sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk pada kehendak Barat.

Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73)

Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia.

Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan.

Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk menjatuhkan negara Islam.

Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap umat Islam. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya.

Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam. Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam.

Perkara ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda. Firman Allah SWT bermaksud: “Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang beriman.” (Surah al-Munafiqun, ayat 8)

10 perkara bukti lelaki itu rumit (hahaha)


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar